• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mubarak Syor Muhyiddin Lantik 3 TPM

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengesyorkan kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan masing-masing diwakili dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Presiden Mubarak, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Rahman berkata, langkah itu mampu mencerminkan intipati ucapan pertama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berikrar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ia secara tidak langsung akan memperkemaskan lagi barisan kepimpinan negara.

“Lihat Singapura negara yang kecil ada lebih kurang 5 juta penduduk, tapi ada dua TPM. Baru-baru ini sahaja tinggal satu.

“Perkara ini perlu kerana ia merupakan kesepakatan dalam kepimpinan..menunjukkan kepada orang ramai kita bersama.

“Negara kita luas. Semenanjung, Sabah dan Sarawak menggunakan entiti negeri. Jadi sangat molek sekiranya TPM datang daripada ketiga-tiga ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Retreat Mubarak Malaysia 2020 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mencadangkan agar kekosongan tempat senat diisi oleh golongan teknokrat.

“Difahamkan, ada 11 kekosongan selain daripada yang dilantik mewakili kumpulan-kumpulan seperti orang asli, orang Siam dan sebagainya.

“Berilah kepada teknokrat..orang yang tidak ada parti tetapi mewakili contohnya ‘anak muda IT’ seperti yang dibuat di Indonesia di mana ada seorang jutawan muda yang menjadi menteri Kabinet.

“Jadi saya harap 11 senat itu diisi dengan orang-orang yang berkaliber kalau nak beri tugas sebagai menteri atau timbalan berilah..demi melengkapkan komponen-komponen Perikatan Nasional ini,” katanya.

Tambah Abdul Aziz, Retreat Mubarak Malaysia 2020 sebulat suara memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan kemelut politik negara.

Mubarak juga menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin dan berharap mampu memperkasakan kerjasama dengan kerajaan baharu.

“Mubarak berharap kerajaan beri kerjasama dan tolong kita. Semua ahli berkobar-kobar nak berjuang tetapi tak boleh berjuang sekiranya apa yang kita nak buat ni tak diberikan sokongan dari segi peruntukan contohnya seperti program parlimen mahasiswa yang pernah dilaksanakan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: mubarakMuhyiddin YassinTimbalan Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd