• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Hazem Terima Gaji RM97,000 Sebagai CEO 1MDB

oleh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mohd Hazem Abd Rahman menerima RM97,000 sebagai gaji terakhirnya semasa memegang jawatan ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. 

Mohd Hazem, 48, berkata beliau menerima gaji RM93,000 ketika mula memegang jawatan CEO itu pada 2013 dan bonus lima bulan pada tahun yang sama.

“Semasa saya memegang jawatan CEO, saya menerima (bonus) dua kali. Kali kedua merupakan bonus 10 bulan pada 2014,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata demikian semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah RM2.3 bilion Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1MDB.

Mohd Hazem berkata beliau menyertai 1MDB sebagai ketua pegawai operasi (COO) pada 2012 dan menggantikan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai CEO pada tahun berikutnya. 

“Sebagai COO, saya menerima gaji RM65,000 sebulan,” katanya. 

Sebelum menyertai 1MDB, Mohd Hazem memegang jawatan pengarah urusan Sime Darby Auto Connexion, dengan gaji terakhirnya sebanyak RM38,000.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu bahawa gaji terakhir Shahrol Azral sebagai CEO ialah sebanyak RM99,000 sebulan dan mendapat bonus 18 bulan gaji.

Sementara itu, semasa pemeriksaan balas, peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyoal mengenai perkembangan kerjaya Mohd Hazem, dimaklumkan saksi bahawa beliau menerima gaji RM1,800 ketika bermula sebagai Eksekutif Kanan dengan Arab Malaysian Merchant Bank dari 1996 hingga 1998.

Mendengar jawapan itu, Muhammad Shafee secara berseloroh berkata semua orang akan mengingati gaji pertama mereka dan berkata gaji pertamanya sebanyak RM670 semasa menjadi timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara.

Mohd Hazem berkata gajinya pada 1998 adalah sebanyak RM2,500 sebulan apabila menyertai Dana Modal Nasional Berhad sebagai eksekutif kanan.

“Kemudian saya berpindah ke Credit Lyonnais Securities Asia Kuala Lumpur sebagai penganalisis pelaburan pada 2002. Gaji terakhir saya di Credit Lyonnais ialah kira-kira RM12,000.

“Pada 2002, saya menyertai Deutsche Bank Kuala Lumpur sebagai penganalisis pelaburan sehingga 2006 dengan gaji terakhir sebanyak RM15,000,” kata Mohd Hazem.

Mohd Hazem juga menjelaskan bahawa apabila beliau menyertai 1MDB pada 2012, Shahrol Azral yang menemu duganya di Eastin Hotel di Petaling Jaya.

Muhammad Shafee: Kamu dikenal pasti (untuk mengisi jawatan itu) oleh Shahrol?

Mohd Hazem: Tidak. Bekas bos saya di Arab Malaysian Merchant, Datuk Nor Badli Mohd Alias.

Mohd Hazem berkata Nor Badli adalah kawan Tan Sri Ismee Ismail, antara ahli lembaga pengarah dalam 1MDB.

 “Datuk Nor Badli memberitahu saya bahawa 1MDB sedang mencari COO dan saya boleh menghantar resume terus kepada Ismee jika saya berminat,” katanya. 

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 5 Oktober. – BERNAMA

Tags: 1MDBGaji CEO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Baharu Covid-19 Kembali Menurun

Next Post

‘Body Shaming’ Halal, Avatar Berdosa?

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

'Body Shaming' Halal, Avatar Berdosa?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd