• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu Covid-19 Kembali Menurun

oleh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 21 kes, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,052 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan warganegara yang pulang ke negara ini.

“Semua mereka pulang dari New Zealand (2 kes di Selangor); India (1 kes di Sabah); Pakistan (1 kes di Sabah) dan China (1 kes di Sabah).

“Daripada 16 kes penularan dalam negara, 15 kes adalah warganegara dan satu kes adalah bukan warganegara. 

“Ia membabitkan lima kes di Sabah iaitu dua dari Kluster Benteng LD, satu dari Kluster Selamat, satu kes saringan kemasukan ke Hospital Tawau dan satu kes dari saringan sign-off kapal di Pelabuhan Sipitang,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu, tujuh kes direkodkan di Kedah iaitu membabitkan enam daripada Kluster Sungai dan satu kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar.

“Pulau Pinang mencatatkan dua kes membabitkan saringan kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9397 yang juga ahli keluarga tinggal serumah.

“Manakala satu kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh dan satu kes saringan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dikesan positif di Sarawak,” katanya.

Katanya, kes aktif dan kebolehjangkitan dicatatkan sebanyak 675 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital.

“Seramai 15 pesakit sudah pulih dan dibenarkan keluar wad, hari ini. Sehingga kini, 13 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 128 kes atau 1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd