CuepacsCare, CuepacsPA Pelan Takaful Terbaik Penjawat Awam

PERKEMBANGAN industri takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an hasil daripada keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mempunyai alternatif kepada insurans konvensional yang memenuhi kehendak Syariah.

Walaupun hampir 35 tahun industri Takaful wujud di Malaysia, bilangan rakyat di negara ini yang memiliki pelan perlindungan Takaful Keluarga masih berada di tahap yang rendah.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Bhd. pada Mac 2017, hanya 15% sahaja rakyat Malaysia yang menyertai pelan perlindungan Takaful.

Antara faktor utama mengapa orang ramai mengapa orang ramai tidak mahu menyertai pelan perlindungan takaful adalah kurang berkemampuan, menganggap diri masih muda serta sihat dan bermacam-macam lagi alasan lain bagi menidakkan kepentingan mengambil perlindungan tambahan.

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn. Bhd. pada 1999 telah memperkenalkan program takaful khas untuk penjawat awam di Malaysia yang dikenali sebagai CuepacsCare dan CuepacsPA (2006).

Apa itu CuepacsCare dan CuepacsPA?

CuepacsCare merupakan inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga mereka mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam. Walaupun setiap penjawat awam layak mendapat rawatan di hospital kerajaan secara percuma, jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan mereka terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama untuk mendapatkan rawatan atau khidmat nasihat doktor pakar. Di hospital swasta pula walaupun rawatan yang disediakan pantas, kos yang dikenakan terlalu tinggi dan di luar kemampuan penjawat awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama kerjasama Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan CuepacsCare bagi mewujudkan alternatif kepada Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA telah direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam. Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM440,000.00.

Berikut merupakan beberapa sebab CuepacsCare dan CuepacsPA merupakan pelan takaful terbaik untuk penjawat awam di Malaysia :

1. Caruman bulanan rendah dan mampu dimiliki

Sumbangan bulanan untuk CuepacsCare adalah pada kadar serendah RM32 untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga. Melalui CuepacsCare, pemegang polisi dan ahli keluarga layak untuk mendapat rawatan penghospitalan dan pembedahan di lebih 70 hospital pakar swasta di seluruh negara.

Sumbangan bulanan untuk CuepacsPA pula adalah serendah RM6 dan RM12 sebulan bagi setiap pemohon dan pasangan. CuepacsPA turut melindungi anak-anak pemohon dengan kadar caruman sekitar RM1.59 hingga RM6.36 bergantung kepada umur.

2. Perlindungan komprehensif dan lengkap

Pada kadar RM32 dan RM85 sebulan untuk CuepacsCare, setiap pencarum dan ahli keluarga boleh mendapatkan rawatan penghospitalan dan pembedahan di hospital pakar swasta. Jumlah perlindungan yang diberikan ialah RM40,000 setahun untuk pelan individu dan RM60,000 untuk pelan keluarga. Jenis rawatan pula meliputi kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis buah pinggang, kanser dan penyakit.

Untuk CuepacsPA, setiap kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam kenderaan pengangkutan awam berlesen akan diberikan pampasan sehingga RM440,000 secara one-off. Untuk kematian akibat pengangkutan sendiri, pampasan yang diberikan sehingga RM220,000. Untuk lain-lain kemalangan boleh rujuk kepada rajah berikut :

3. Mudah disertai dan digunakan

CuepacsCare dan CuepacsPA amat mudah disertai oleh penjawat awam. Mereka boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacscare.my/registration. Selain itu, difahamkan terdapat lebih 300 wakil pemasaran di seluruh negara bagi memudahkan penjawat awam mendaftar.

Bayaran bulanan pula adalah secara potongan gaji melalui Biro Angkasa. Peserta tidak perlu bersusah payah untuk membuat potongan secara manual. Cara penggunaan CuepacsCare pula amat mudah dengan hanya menunjukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan untuk mendapatkan surat jaminan. Semasa urusan keluar, bil hospital akan ditanggung oleh CuepacsCare dan anda boleh pulang ke rumah dengan tenang. Untuk bantuan dan maklumat lanjut, peserta CuepacsCare dan CuepacsPA boleh menghubungi :

4. Lain-lain keistimewaan CuepacsCare dan CuepacsPA boleh rujuk pada rajah di bawah:

CUEPACS CARE

CUEPACS PA

Jadi, tunggu apa lagi. Sebagai penjawat awam, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Takaful CuepacsCare dan CuepacsPA. Jika takaful ini dibuka kepada pekerja di sektor swasta, sudah tentu ia menjadi rebutan kerana keistimewaannya dan caruman yang mampu milik.

Daftar online melalui www.cuepacscare.my/registration -MYNEWSHUB.TV

Loading...