• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Nafi PKP Di Kelantan

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Kelantan mulai Rabu ini sehingga 12 Mei ini seperti yang tular dalam media sosial.

MKN menerusi laman Facebook hari ini berkata, orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan berita tidak benar.

Penularan berita PKP di seluruh negeri Kelantan menimbulkan kegusaran orang ramai memandangkan umat Islam akan menyambut Ramadan bermula esok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, kerajaan Kelantan berharap MKN akan terus mengekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini bukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kerajaan negeri berharap rakyat dapat membantu Kelantan menukar status daripada PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

“Bagi mengekang penularan COVID-19, semua masyarakat perlu meningkatkan kawalan kendiri dan bertanggungjawab mematuhi peraturan SOP ditetapkan. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat berhubung keresahan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Namun, kegusaran kita masih tinggi, walaupun kes menunjukkan penurunan, kerana masih ada kes tertangguh atau keputusan yang masih belum diterima melebihi 2,000 sampel.

“Lebih membimbangkan, sebanyak 22 peratus daripada kes positif adalah kes yang tiada ‘epid link’ iaitu tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster dan ini menunjukkan COVID-19 berada dalam komuniti,” katanya di laman Facebook di sini, hari ini.

Dr Izani berkata, dalam masa 14 hari ini, kes jangkitan terlalu tinggi iaitu 1,029 kes dan sebanyak 24 kluster yang masih aktif di negeri ini.

Beliau berkata, kadar penggunaan katil (BOR) di fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) juga melebihi 70 peratus malah ada di antaranya melebihi 100 peratus iaitu Hospital Tumpat sebanyak 113.4 peratus; Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai (100 peratus) dan hospital daerah lain di bawah 100 peratus.

“Kelantan juga mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) yang tinggi dengan nilai RT 1.12 iaitu lebih tinggi daripada RT nasional iaitu 1.06. 

“Kadar RT di Kelantan menunjukkan paras membimbangkan kerana kekal di atas paras 1.00 sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya. – BH Online

Tags: KelantanMKNperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Kaji Pengambilan Semula Pekerja Asing

Next Post

Komen Najib Pasal Kerajaan PN Tidak Ada Duit

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Komen Najib Pasal Kerajaan PN Tidak Ada Duit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd