Micheal Ang Dedah Peluk Islam Lebih Setahun

KUALA LUMPUR – Pengarah filem dan drama terkenal Micheal Ang mendedahkan telah memeluk Islam lebih setahun lalu.

Dalam posting laman sosial Instagram terbaharunya sebentar tadi, Micheal mengharapkan semua pengikutnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Assalamaulikum! Saya budak baru kalau ada salah tolong tegur. Doakan lah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa perkara ni ada lah antara saya dengan Allah dan keluarga saya. Kalau nak tengok pengakuan saya tengok lah video ni https://youtu.be/1LIc5-tT7og,” tulisnya.

Dalam akaun YouTube yang dinyatakan itu menyebut Micheal telah memeluk Islam dihadapan Ustaz Sheikh Hussein Yee dan Firdaus Wong.

“Sejujurkan ketika mendalami Islam banyak perkara yang harus dipelajari, saya tidak mahu perkara ini (memeluk Islam) diperbesarkan kerana urusan ini antara saya dan Allah,” ujar beliau melalui saluran YouTube itu.

Beliau turut mengalu-alukan tunjuk ajar supaya dapat menjadi Islam yang terbaik di jalan Allah. – K! ONLINE

Loading...