• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengamuk Di Final, Serena Williams Didenda AS$17k

oleh Haris
10/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN tenis wanita Amerika Syarikat, Serena Williams didenda AS$17,000 oleh Persatuan Tenis AS ekoran tindakannya melepaskan kemarahan terhadap pegawai permainan dalam perlawanan akhir Terbuka AS baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Naomi Osaka dari Jepun menjuarai Terbuka AS, Williams yang gagal mengawal kemarahan telah mencetuskan kekecohan dalam perlawanan akhir itu.

Beliau yang merupakan pemain pilihan dan disokong ribuan penonton perlawanan itu ditegur beberapa kali kerana melanggar peraturan.

Bintang tenis AS itu didenda kerana menerima tunjuk ajar semasa perlawanan, merosakkan raket dan menengking pengadil Carlos Ramos.

Williams berang dengan dakwaan menerima tunjuk ajar dari jurulatihnya semasa perlawanan, tetapi jurulatihnya Patrick Mouratoglou, mengakui berbuat demikian.

Pelanggaran peraturan itu dikenakan denda AS$4,000, manakala kesalahan kedua merosakkan raket yang dilakukan pada set kelima, dikenakan denda AS$3,000.

Kesalahan kedua juga dikenakan pemotongan mata, yang menyebabkan beliau menengking pengadil, menyebabkan denda AS$10,000.

Kesalahan ketiga beliau turut menyebabkan kekalahan satu game, meletakkan Osaka mendahului 6-2,6-4 dan memenangi perlawanan.

Osaka menjadi pemain Jepun pertama memenangi Grand Slam, dan kemenangan beliau disambut meriah di negara kelahirannya.

Perlawanan akhir ini ialah perlawanan kedua Osaka menewaskan Williams.

Menjelang perlawanan akhir ini, Osaka berkata menjadi satu impiannya untuk menentang Williams, idolanya sejak kecil dalam satu perlawanan akhir.

Perlawanan akhir itu turut kecoh akibat sokongan yang dilihat berlebihan kepada Williams hingga kejayaan Osaka dan sambutan meraikan kejayaan pemain Jepun itu ditenggelamkan oleh perhatian pada Williams. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: Naomi OsakaSerena Williams
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemimpin UMNO, MCA Perlu Taubat, Bersara – Kit Siang

Next Post

Bekas Pegawai Timbalan Menteri Skodeng Ditahan – Polis

Related Posts

Serena, Nadal, Murray ‘Hangat’ Terbuka Australia

05/12/2018
0

MELBOURNE - Serena Williams akan kembali beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama sejak memenangi saingan itu pada 2017 ketika...

Serena Mahu Lupakan Kontroversi

24/09/2018
0

SYDNEY - Serena Williams berkata, dia mahu melupakan kontroversi tewas di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi kekal menyatakan jurulatihnya tidak...

Next Post

Bekas Pegawai Timbalan Menteri Skodeng Ditahan - Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd