• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Arus Perdana Perlu Pantas Tepis Berita Palsu

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Media memain peranan penting untuk menyebarkan sebarang berita dan maklumat penting dengan tepat demi menjamin kestabilan dan keselamatan negara.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tanggungjawab untuk melapor dan mendedahkan kebenaran serta menolak setiap maklumat yang tidak benar, perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab oleh pengamal media arus perdana.

“Ini kerana sesuatu maklumat yang tidak benar boleh menjadi tular dengan pantas dan turut ditokok tambah tanpa mengambil kira kesannya. Saya harap pengamal media memain peranan untuk mendidik dan menyekat penyalahgunaan media sosial demi memastikan negara kita kekal aman, makmur dan stabil,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada Malam Anugerah Media Pahang DRB-Hicom di Dewan Sri Mahkota, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri Pahang di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi Hijau Komunikasi dan Multimedia Datuk Fakharuddin Mohd Arif.

Selain itu, baginda bertitah pengamal media juga memikul peranan di dalam membina semangat patriotisme dan nasionalisme negara.

“Saya mahu pengamal media terus menyemai serta membina perpaduan kaum dan agama. Jangan takut melaporkan sebarang kepincangan dalam negara kita, tanpa takut dan berat sebelah. Bersifat objektif dan tidak berpihak kepada mana-mana fahaman politik ataupun kumpulan tertentu,” katanya.

Sementara itu dua jurufoto Bernama turut memenangi anugerah pada majlis itu.

Mohd Faizol Ab Aziz meraih kemenangan berganda dengan memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori Fotografi Berita Terbaik, manakala jurufoto sambilan Zulfaidi Muhammad memenangi tempat kedua bagi kategori Fotografi Berita Sukan. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangkitan HIV Melalui Transmisi Seksual Meningkat

Next Post

Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Ganti Program PLKN

Related Posts

Datuk Seri Jual Duit Emas Potret Sultan Pahang

09/01/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang,...

Perkasa Penggunaan Tulisan Jawi – Tengku Abdullah

13/11/2018
0

PEKAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu penggunaan tulisan jawi diperkasakan di negeri...

Next Post

Sekolah Pemimpin Masa Hadapan Ganti Program PLKN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd