• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak Minta Najib Tak ‘Sibuk’ Isu MAPS

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan supaya memberi fokus kepada kes mahkamah yang dihadapinya dan ‘tidak sibuk’ terhadap isu taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Ahli Parlimen Pekan itu, tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai situasi sebenar dihadapi MAPS.

“Najib tidak ada maklumat lanjut tentang apa yang berlaku di MAPS sebenarnya. Jadi, saya ingatkan kepada beliau untuk fokus kepada masalah yang dihadapinya, untuk mempertahankan diri beliau di mahkamah.

“Datuk Seri Najib jangan bimbang, kerana pada masa ini kerajaan negeri masih ada kebolehan untuk menguruskan MAPS. Lebih baik beliau bimbangkan apa masalah yang dihadapinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Notis 5A Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Bemban dan majlis penyerahan hak milik RPT Papan di Arena Square, dekat sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita diminta untuk mengulas kenyataan Najib, berkenaan MAPS menerusi laman Facebook pada semalam.

Najib dalam status Facebooknya pada 29 Disember lalu menyarankan Khazanah mengambil alih MAPS daripada kerajaan negeri Perak, sebagai langkah menghidupkan semula MAPS yang diibaratkan sebagai nyawa-nyawa ikan.

Malah, semalam Najib sekali lagi memuat naik status mengenai MAPS yang menyatakan kerajaan Pakatan Harapan salah strategi dan salah urus MAPS.

Tags: Ahmad Faizal AzumuMAPSNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTTE: 5 Lelaki Termasuk ADUN Mengaku Tak Bersalah

Next Post

Surat Dakwa Zuraida Sertai BERSATU Adalah Palsu

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Next Post

Surat Dakwa Zuraida Sertai BERSATU Adalah Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd