• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: 5 Lelaki Termasuk ADUN Mengaku Tak Bersalah

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima lelaki termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas beberapa pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

ADUN Gadek, G Saminathan, 36; pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 29; juruteknik, S Arivainthan, 28; penghantar surat, S Teeran, 39 dan guru, R Sundram, 53, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil secara berasingan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aslam Zainuddin.

Saminathan, Teeran dan Sundram masing-masing menghadapi satu pertuduhan manakala Kalaimughilan didakwa atas dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan kumpulan pengganas LTTE di Kuala Lumpur, Melaka, Rawang dan Telok Panglima Garang, Selangor antara 10 dan 12 Oktober tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan memberi sokongan dengan cara menggunakan aplikasi Facebook, Arivainthan dan Teeran didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Pegawai Penyiasat, Bahagian E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas, Bukit Aman di sini, pada 9 dan 10 pagi pada 5 serta 8 Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Saminathan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Air Keroh, Melaka antara 8.30 dan 10.50 malam, 28 Oktober 2018.

Bagi kesalahan memberi sokongan, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

Hakim Muhammad Jamil, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir dan Pesuruhjaya Kehakiman Aslam masing-masing menetapkan 11, 19 dan 20 Februari untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

Ahmad Shahrir juga menetapkan 7 hingga 10, 14, 15, 17 dan 21 hingga 24 September untuk perbicaraan kes Teeran dan 5 hingga 8, 12 hingga 15, 19 hingga 22 Oktober untuk perbicaraan kes Saminathan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman, Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Mohd Firdaus Abu Hanipah dan Azlina Rasdi.

Peguam T Rajasegaran mewakili Kalaimughilan dan Teeran manakala peguam Harshaan Zamani bertindak bagi pihak Arivainthan, Saminathan dan Sundram.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd