• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Baharu, Wang Hantaran Pun Kena Cukai – Nooryana Najwa

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak secara sinis meminta semua suami di luar sana berjaga-jaga kerana pemilikan kediaman bersama pasangan suami isteri, pemberian hantaran oleh suami serta hadiah perkahwinan oleh rakan-rakan kini dianggap sebagai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenyataan itu dibuat oleh Nooryana Najwa Mohd Najib, selepas dia dikenakan tindakan saman oleh Kerajaan Malaysia melalui LHDN berjumlah RM10,335, 292.36.bagi amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk kenaikan.

Semalam, Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.

Plaintif berkata, defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Mengulas saman tersebut, Nooryana berkata, beliau tidak pernah menyangka tindakan suaminya memberi perbelanjaan isi rumah dan meletakkan nama beliau sebagai pemilik bersama kediaman mereka telah menyebabkan dia dikenakan cukai.

Menurutnya, sejak tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mula melakukan audit dan beliau telah menyerahkan semua dokumen pemindahan wang dari luar negara oleh keluarga suaminya, selain menunjukkan bukti keluarga mertuanya telah membelikan kediaman daripada dana luar negara.

Nooryana berkata, suami dan keluarganya kemudian meletakkan beliau sebagai pemilik bersama rumah tersebut.

“Tetapi tindakan meletakkan saya sebagai pemilik bersama dengan suami kini dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai pendapatan saya.

“Dan, sebahagian besar daripada cukai ini adalah bagi bayaran kediaman yang tidak pun melalui saya,” kata Nooryana melalui Instagramnya.

Meskipun berat hati untuk mendedahkan semua ini, Nooryana berkata, dia terpaksa berbuat demikian supaya orang ramai memahami situasinya.

Tegasnya, keluarganya suaminya memang daripada golongan mewah, walaupun sebelum dia dan pasangannya bertemu, juga sebelum ibu mertuanya berkahwin dengan salah seorang taikun terkaya di Kazakhstan.

“Dalam kes saya, sekiranya anda mempertimbangkan pembayaran suami kepada isteri adalah pendapatan, pemindahan ini adalah dari luar negara dan tidak seharusnya dikenakan cukai.

“Sebahagian kecil yang dipanggil pendapatan ini juga adalah wang hantaran, selain hadiah-hadiah daripada keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.

Nooryana berkata, pada usia 30 tahun dan menghabiskan masa bertahun-tahun belajar dan bekerja di luar negara, dia tidak pernah mengendalikan perniagaan di Malaysia dan membida mana-mana projek kerajaan.

“Dan saya tidak pernah tahu pun tindakan suami meletakkan nama saya sebagai pemilik bersama kediaman dan wang yang diberikan suami untuk perbelanjaan isi rumah boleh dikira sebagai pendapatan,” katanya.

Nooryana menyifatkan tindakan yang dikenakan oleh LHDN ke atas beliau, bapa dan adik-beradiknya telah menyalahgunakan undang-undang.

Ia seolah-olah menunjukkan pemberian wang oleh suami kepada isteri sekarang adalah satu pendapatan dan perlu dikenakan cukai.

“Malah, wang dari sumber luar yang selalunya diberi pengecualian kini dikenakan cukai.

“Hantaran kahwin, hadiah pertunangan dan perkahwinan juga adalah pendapatan dan mesti dicukai,” ujar beliau lagi.

Nooryana berkata, semua bukti-bukti ini akan didedahkan di mahkamah suatu hari nanti dan satu dunia akan tahu bahawa semua dakwaan yang dikenakan oleh LHDN terhadapnya adalah tidak masuk akal.

“Insya Allah, kebenaran akan terbukti,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: cukai pendapatanLHDNNajib Tun RazakNooryana Najwa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

India Mahu Naik Duti Import Minyak Sawit Bertapis Malaysia

Next Post

Pelabur Digesa Bantu Malaysia Capai Status Negara Maju 2025

Related Posts

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

03/07/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam...

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

01/07/2025
0

CYBERJAYA: Fasa tiga pelaksanaan sistem e-Invois membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta...

Next Post

Pelabur Digesa Bantu Malaysia Capai Status Negara Maju 2025

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd