• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Wajib Pastikan Pekerja Asing Jalani Ujian Covid-19

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kos ujian saringan pekerja asing berkenaan akan ditanggung oleh majikan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, semalam, seramai 6,641 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan.

“Daripada jumlah itu, 85 orang disahkan positif Covid-19. Secara kumulatifnya, sejak 1 Disember, seramai 265,770 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 yang membabitkan 10,973 majikan. 

“Daripada jumlah ini seramai 4,867 orang disahkan positif Covid-19 manakala 260,903 lagi adalah negatif. Sehingga kini juga, sebanyak 890 klinik terbabit dengan program saringan ini,” katanya dalam kenyataan media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini, hari ini. 

Katanya, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Ismail Sabri berkata, seramai 2,841 pasukan pematuhan membabitkan 12,690 anggota membuat pemantauan di 5,203 restoran, pasar raya (3,565), bank (3,347), pejabat kerajaan (3,015), penjaja (1,897) dan kilang (1,437). 

Katanya, turut dipantau ialah 950 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (81). 

“Semalam, seramai 826 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 776 dikompaun manakala 50 individu direman. 

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248),” katanya.

Mengenai kawalan sempadan negara, katanya, 20 pendatang tanpa izin (Pati) ditangkap dalam Op Benteng semalam selain lima kenderaan darat serta tiga bot/kapal turut dirampas. 

Dalam operasi itu, katanya, pihak berkuasa turut mengesan sebuah bot/kapal di perairan negara melalui satu aktiviti penglihatan. 

“Op Benteng yang membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 537 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Pecahan iaitu Op Penawar (ATM, PDRM dan RELA) sebanyak 481 SJR; Op Benteng PDRM sebanyak 47 SJR dan Op Benteng Aksem sebanyak sembilan SJR,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19pekerja warga asingujian saringan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Ahli Politik Didakwa Edar, Tanam Kanabis

Next Post

15,154 Operasi Sanitasi Awam Cegah Penularan Covid-19

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

15,154 Operasi Sanitasi Awam Cegah Penularan Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd