• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Exco Perak Pindah Kes Rogol

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Paul Yong Choo Kiong untuk memindahkan perbicaraan kes rogol dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Hakim, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan untuk menolak permohonan itu manakala Hakim Datuk Rhodzariah Bujang menentang keputusan itu.

Dalam keputusan majoriti itu Hakim, Yaacob berkata, mereka berpandangan tidak wujud kekhilafan di pihak Pesuruhjaya Kehakiman yang tidak membenarkan permohonan Paul Yong untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, beliau mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 November tahun lepas yang menolak permohonan Paul Yong untuk memindahkan kesnya itu mengikut Seksyen 417, Kanun Acara Jenayah.

Paul Yong, 50, yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berumur 23 tahun.

Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, dituduh melakukan kesalahan itu di kediamannya di Meru Desa Park pada 7 Julai tahun lepas antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Paul Yong memberitahu media yang pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Tags: paul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kontak Rapat Kes Ke-18 Positif Koronavirus Berjaya Dikesan

Next Post

Kes Rakaman Audio, 12 Sudah Dirakam Percakapan

Related Posts

Saksi Kes Rogol ADUN Tronoh Beri Keterangan Tertutup

24/06/2021
0

IPOH - Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo...

Perbicaraan ADUN Tronoh Ditangguh, 3 Saksi Positif COVID-19

08/04/2021
0

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Next Post

Kes Rakaman Audio, 12 Sudah Dirakam Percakapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd