Lovemoney Anggar Kekayaan Mahathir Pada Nilai USD45 Bilion!

SEBUAH laman web yang berdaftar dengan sebuah syarikat berpengkalan di England dan Wales baru ini mengeluarkan senarai puluhan pemimpin terkaya sepanjang zaman.

Ia mengambil kira pemimpin yang masyhur dalam sejarah seperti Maharaja Perancis Napoleon Bonarparte, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) seperti George Washington dan Donald Trump.

Pemimpin paling kaya sepanjang zaman ditafsir laman berkenaan ialah Presiden Rusia, Vladimir Putin dan bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Gaddafi, masing-masing dengan kekayaan dikatakan USD200 bilion.

Tunggu sebentar, dalam puluhan pemimpin di bawah rencana bertajuk The Richest World Leaders Of All Time atau pemimpin dunia terkaya sepanjang zaman, Lovemoney turut menyenaraikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Syarikat berkenaan menanggarkan kekayaan Tun adalah pada USD45 bilion.

Kalau diandaikan kadar tukaran semasa ialah USD1 sama dengan RM4, maka jumlah kekayaan Tun dianggarkan RM180 bilion!

Itu hanya kekayaan beliau dan belum mengambil kira jumlah wang dan harta yang dimiliki anak-anak beliau.

Lovemoney mendakwa kekayaan Mahathir adalah melalui proksi beliau, Tun Daim Zainuddin.

Tun Mahathir dan Daim dikatakan memiliki kepentingan dalam 50 buah bank di seluruh dunia.

Laman tersebut bagaimanapun tidak menyebut jumlah kekayaan para kroni rapat Tun kerana hanya menumpukan kepada kemewahan para pemimpin sepanjang zaman. – Mynewshub.TV

Rencana dan senarai penuh pemimpin terkaya sepanjang zaman boleh dibaca melalui pautan berikut:

https://www.lovemoney.com/galleries/amp/83195/the-richest-world-leaders-of-all-time?__twitter_impression=true