• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Note 7, Samsung ‘Tarik’ Mesin Basuh Isu Pintu Meletup

oleh
05/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Samsung yang baru-baru ini menarik balik telefon pintar Note 7 di seluruh dunia, kini akan tarik balik pula tiga juta mesin basuhnya dari pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ia susulan puluhan laporan kecederaan akibat letupan mesin basuh muatan pintu atas keluaran gergasi elektronik Korea Selatan itu yang direkodkan di seluruh AS sejak awal tahun ini, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Bahagian penutup mesin basuh itu boleh secara mendadak terkeluar sendiri daripada mesin itu ketika digunakan, dan ia menimbulkan risiko kepada keselamatan nyawa, menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS.

Syarikat teknologi tinggi Korea Selatan itu sudah menerima sembilan laporan kecederaan serius, termasuk rahang patah, bahu cedera dan kes kemalangan akibat pengguna terjatuh disebabkan letupan daripada mesin tersebut.

Malah pada masa sama, pihak Samsung sudah menerima sejumlah 733 laporan tentang getaran berlebihan pada pelbagai model mesin basuh keluarannya atau bahagian pintunya terkeluar daripada mesin cuci pakaian tersebut.

samsung1

Penarikan balik itu melibatkan sebanyak 34 model mesin basuh muatan atas yang dihasilkan Samsung antara Mac 2011 hingga November 2016 dan berharga daripada AS$450 (RM1,895) sehingga AS$1,500 (RM6,317) seunit.

Bahagian pintu pada mesin basuh Samsung didapati terjejas malah boleh terpisah apabila kitaran basuh kelajuan tinggi digunakan untuk mencuci cadar, atau barangan kalis air atau berat, menurut jurucakap syarikat berkenaan.

Selain AS, Samsung sebelum itu turut mengumumkan penarikan balik ratusan ribu unit mesin basuh keluarannya yang pernah dijual di pasaran Australia dan New Zealand serta melibatkan hampir 20 model berbeza.

Firma terkenal tersebut sebenarnya sudah pun disaman oleh sesetengah pelanggan di AS, yang mendakwa mesin basuh mereka pernah secara tiba-tiba didapati meletup meskipun ketika digunakan secara kaedah cucian biasa.

samsung2

Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, terdahulu menanggung malu apabila terpaksa menarik balik jutaan telefon canggih Galaxy Note 7 sejak bulan lalu setelah gagal menyelesaikan isu-isu keselamatannya.

Ia malah mengumumkan penarikan semula 2.5 juta unit gajet telekomunikasi itu pada awal September ekoran pelbagai laporan kontroversi tentang telefon bimbit itu terbakar akibat bateri yang menjadi panas tanpa sebab.

Puluhan kes kebakaran Galaxy Note 7 ketika dicas termasuk dalam pesawat menyebabkan banyak syarikat penerbangan di serata dunia melarang penumpang membawa masuk telefon pintar tersebut ke dalam kapal terbang.

Situasi tidak dijangka itu mengakibatkan produk saingan rapatnya, iPhone 7 keluaran firma Apple di AS yang secara kebetulan dilancarkan serentak di pasaran menjadi pilihan ramai pelanggan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kantoi Berlakon Filem Lucah, Guru Letak Jawatan 24 Jam

Next Post

Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D’Walei Menghiburkan

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

Next Post

Ketengah Isu-Isu Semasa, Mak Cun D'Walei Menghiburkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd