Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

8 Tahun Sudah Jana...

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media...

Dr Zakir Naik Cetus...

KUALA TERENGGANU - Siri jelajah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke empat daerah...

MCA Desak Jeff Ooi...

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak Ahli Parlimen Jelutong,...

PM Tidak Boleh Sewenang...

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh sewenang-wenangnya...

Lantang Bersuara, Janna Tak Nak Jadi Artis ‘Plastik’

USIANYA masih muda tetapi pelakon dan penyanyi, Janna Nick sememangnya tidak mahu menjadi artis ‘plastik’ atau berpura-pura hanya disebabkan tidak mahu dirinya dibenci.

Namun ketika sambutan hari lahirnya yang ke-23 tahun baru-baru ini, Janna berazam untuk tidak lagi lantang bersuara kerana mahu menjadi seorang yang lebih matang setanding dengaan usianya.

Ini juga supaya semua pihak dapat menerima segala kekurangan atau kelebihan pada dirinya itu.

“Saya sering dihentam dan ditegur, tetapi saya tidak melatah. Apa yang baik saya terima. Jika rasa bersalah, saya akan cuba perbaiki kesilapan itu.

“Saya tahu tidak semua boleh terima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka. Sama ada mahu menyokong kerjaya atau hanya ingin cari kesilapan saya biarpun sebesar zarah, itu terserah.

“Saya tiada kuasa untuk buat semua pihak sayang dan selesa. Saya tidak mahu tertekan memikirkan pandangan orang lain. Ada baiknya saya beri perhatian kepada mereka yang ikhlas menyayangi.

“Secara jujur, sudah lebih enam bulan saya membiarkan netizen ‘membawang’ apa sahaja mengenai diri. Apa juga yang mereka katakan, saya tidak layan,” katanya kepada pihak BH Online.

Sebagai selebriti, Janna sememangnya tidak gemar untuk bermusuh dengan mana-mana rakan artis lain cuma dia hanya tidak gemar apabila terpaksa berhadapan dengan golongan artis yang plastik itu.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu turut tidak suka bermuka-muka dalam persahabatannya dengan mana-mana artis atau sesiapa sahaja.

Baginya, jika ada yang tidak suka untuk berkawan dengannya, dia pasti akan menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.


“Tetapi, mereka harus ingat, setiap apa yang dikutuk pasti akan sampai ke telinga saya. Jangan ingat saya tidak tahu. Jika mahu kutuk, lakukan secara berdepan kerana saya boleh terima dengan lapang dada.

“Tetapi, jangan sesekali memperbodohkan saya dengan mengejek atau mengajuk saya di hadapan orang ramai. Saya bukan badut untuk dijadikan bahan lawak,” ujarnya lagi.

Selain itu, Janna yang mula dikenali menerusi drama Syurga  Nur terbitan JS Pictures itu turut menjelaskan bahawa segala pendedahan dilakukannya sebelum ini di media sosial bukanlah bertujuan untuk buka aib sesiapa tetapi hanya  bagi dijadikan sebagai pengajaran buat semua.

“Jika mahu memalukannya, saya sudah petik nama individu itu. Saya cuma mahu individu itu sedar, saya sudah tahu isi hatinya selama ini. Ia bukan kali pertama dia mengutuk saya di belakang, tetapi saya sudah memaafkannya,” tambahnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mungkin Saja itu turut akui bahawa dia bukanlah seorang yang sempurna dalam setiap perkara.

Kini, pemenang trofi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) itu sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Semerah Cinta Humairah di bawah arahan Zamri Zainal bagi siaran TV3. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori