• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Tahun Sudah Jana Pendapatan RM 4.2 Juta Di YouTube

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanipulasi media sosial untuk membuat duit.

Dengan hanya memuatnaik ulasan permainan kanak-kanak dan permainan video kegemarannya di YouTube, Evan, 8 dari Amerika Syarikat berjaya memperolehi  pendapatan sebanyak US 1.3 (RM 4.2) juta setahun.

Lebih mengagumkan, saluran YouTube Evan mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Menurut laporan Newsweek.com, angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan ulasan itu.

Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak. Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTube miliknya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.   :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: kanak-kanakYouTube
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd