• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanjutan Masa Bayaran Balik PTPTN Kepada 6 Bulan

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, penangguhan itu berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini sehingga 30 September, yang melibatkan kutipan berjumlah RM750 juta.

“(Ia) Dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio serta media sosial hari ini.

Khamis lepas, PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan penangguhan bayaran balik pinjaman susulan penularan COVID-19 berkuat kuasa serta-merta selama tiga bulan sehingga 30 Jun 2020.

Tambah Muhyiddin, keputusan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bayaran balik PTPTN itu diputuskan menerusi mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi mengambil kira situasi terkini yang melanda negara ketika ini.

“Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai kehilangan sumber pendapatan. Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung anda semua ketika melalui waktu sukar ini,” katanya.

Tags: bayaran balikCovid-19Pinjaman PendidikanPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd