• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Tak Akan Buat Keputusan Melulu

oleh
11/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggadaikan masa depan ahlinya dengan membuat keputusan melulu mahupun terpengaruh dengan mana-mana desakan dalam isu pengeluaran Akaun 1.

Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya mendengar dan meneliti semua pandangan pelbagai pihak sebelum memutuskan pengeluaran akaun terbabit yang masih dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kewangan.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli.

“Masih lagi dalam proses penelitian untuk penambah baikan dan memperhalusi semua aspek.

“Semua perincian termasuk syarat, kaedah serta siapa yang layak akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu temubual hari ini.

Walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 itu, namun beliau berkata, cabaran itu tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan ahli selari dengan peranan penubuhan dana persaraan itu.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular, biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli. 

“Ya, kita mendengar semua pandangan, tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanan politik sekalipun,” katanya.

Jika terdesak sekalipun, katanya, pengeluaran Akaun 1 akan menjadi jalan penyelesaian terakhir berikutan besar kesannya kepada ahli jika pengeluaran dilakukan pada masa ini.

“Kita ambil contoh jika seseorang ahli yang mengeluarkan RM10,000 itu kini berusia 30 tahun dan dijangka bersara pada usia 60 tahun, dia akan terkesan tiga kali ganda akibat pengeluaran itu.

“Mengikut rekod KWSP, 43 peratus atau 5.38 juta ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 manakala 54 peratus atau 137,000 daripada 254,000 ahli berusia 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

“Jadi, seharusnya pengeluaran KWSP menjadi pilihan terakhir apatah lagi kerajaan kita juga menyediakan pelbagai kemudahan bantuan bagi membantu kelangsungan rakyat ketika berdepan situasi Covid-19 ini,” katanya.

Beliau berkata, ahli berpeluang mendapatkan khidmat nasihat perunding kewangan bertauliah seperti KWSP, Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membantu menguruskan masalah kewangan dihadapi mereka.

“Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.

“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasional dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.

“Dalam keadaan genting ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memutuskan membuat pengeluaran,” katanya. – myMetro Online

Tags: KWSPpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan PN Mahu Kekal Berkuasa Dengan Jasa – Wanita PKR

Next Post

Menteri Atau Timbalan Diminta Hadir Sesi Bahas Belanjawan 2021

Related Posts

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji – Amir Hamzah

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan...

Next Post

Menteri Atau Timbalan Diminta Hadir Sesi Bahas Belanjawan 2021

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd