• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Nan Tarik Balik Permohonan Batal Saman LHDN

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menarik balik permohonannya untuk membatalkan penghakiman terus yang dimohon Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN memohon supaya kes samannya terhadap Tengku Adnan bagi menuntut bekas Setiausaha Agung UMNO itu membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017 diputuskan melalui penghakiman terus tanpa melalui perbicaraan.

Berdasarkan maklumat mahkamah, peguam Bahari Yeow Tien Hong, yang mewakili Tengku Adnan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik permohonan untuk membatalkan penghakiman terus berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azimah Omar kemudiannya membenarkan permohonan Tengku Adnan dan mengarahkannya membayar kos RM2,000 kepada LHDN.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN.

LHDN sebagai plaintif memohon untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes didengar melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 November untuk mendengar permohonan Tengku Adnan bagi menggantung prosiding kes itu sementara rayuannya terhadap penilaian semula taksiran cukai kepada LHDN selesai.

Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman itu pada 24 Julai lepas, selepas mendakwa Tengku Adnan selaku defendan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Berdasarkan penyataan tuntutan, LHDN mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari, menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Ia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar 5 peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Tags: LHDNsamanTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belian Pelabur Asing Susut Kepada RM55.2 Juta Minggu Lalu

Next Post

Tiada Keperluan Sekat Pergerakan Najib

Related Posts

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

Cara Mudah Daftar dan Guna e-Invois untuk Bisnes Kecil Anda

03/07/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR, 1 Julai 2025 – Dalam era digitalisasi perniagaan, sistem e-Invois yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil Dalam...

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

Fasa 3 Sistem E-Invois Bermula Hari Ini, Babit Pembayar Cukai Dengan Hasil RM5 Juta Hingga RM25 Juta

01/07/2025
0

CYBERJAYA: Fasa tiga pelaksanaan sistem e-Invois membabitkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta...

Next Post

Tiada Keperluan Sekat Pergerakan Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd