• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Makanan PATI Hampir RM3.5 Juta Sebulan

oleh
22/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, purata kos makanan yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM12 sehari untuk seorang dan kebanyakan mereka terpaksa berada di depot dalam tempoh sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan itu bagi memastikan hak asasi pendatang tanpa izin terpelihara dan perkara itu turut dilaksanakan di semua depot Imigresen di luar negara.

“Pengurangan kos makanan dapat diatasi sekiranya proses dokumen perjalanan yang disediakan pihak kedutaan berkaitan dapat dilaksanakan dengan cepat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri.

“Beliau berkata jabatan itu menjalinkan kerjasama dengan pihak kedutaan untuk mempercepatkan proses mengeluarkan dokumen perjalanan untuk pendatang tanpa izin itu dihantar pulang dan perkara ini dapat mengurangkan bilangan penghuni di depot,” katanya.

Menurutnya, setakat 18 Jun, seramai 9,654 orang pendatang tanpa izin ditahan di 14 depot seluruh negara dengan 7,650 adalah lelaki dan1,664 wanita serta selebihnya kanak-kanak.

Beliau berkata tahanan pendatang tanpa izin paling tinggi adalah rakyat Indonesia iaitu 3,767 orang diikuti Myanmar (2,105), Bangladesh (1,594), India (525), Vietnam (294), Pakistan (263), Thailand (226), Filipina (222), Nepal (193), Nigeria (150) dan lain-lain warganegara (315).

Khairul Dzaimee berkata, sebanyak 8,277 operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen sejak awal tahun ini hingga Selasa lepas dengan keseluruhannya 103,224 orang warga asing diperiksa.

“Empat depot iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang; Lenggeng, Negeri Sembilan dan Juru, Pulau Pinang mengalami lebihan jumlah tahanan pendatang tanpa izin berbanding kapasiti depot yang direkodkan sehingga 18 Jun.

“Kami cuba mempercepatkan proses untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing serta memindahkan mereka ke depot yang berdekatan bagi mengelak kesesakan,” katanya.

Tags: ImigresenmakananPatiPendatang Asing Tanpa Izin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tawaran Goldman Sachs Tidak Munasabah – Mahathir

Next Post

Penduduk Gempar 30 Batu Nisan Dicabut, Dibakar

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Next Post

Penduduk Gempar 30 Batu Nisan Dicabut, Dibakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd