• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Peralihan Kuasa Punca PH Kalah Di Tanjung Piai

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu, sambil menambah “undi protes” menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata penyebab utama konflik itu adalah pertikaian mengenai pengganti Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan peralihan kuasa.

Azman menyeru Mahathir menyatakan rancangan penggantian yang jelas sebelum menyerahkan jawatannya kepada presiden PKR Anwar Ibrahim, mengatakan isu itu menjadi sebab utama konflik dalaman PH.

Beliau memberitahu FMT, Mahathir yang seolah-olah tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan akar umbi DAP dan PKR terhadap pengerusi PPBM itu.

“Sudah tiba masanya Mahathir mengumumkan penyerahan kuasa dengan lebih khusus supaya rakyat lebih bersedia. Melambatkan tarikh penyerahan kuasa akan menyebabkan keraguan timbul dalam kalangan rakyat serta dalam kalangan penyokong PH,” kata Azman.

Beliau berkata terdapat persepsi dalam kalangan pengundi Cina bahawa PPBM cuba mengawal PH walaupun kerusi parti itu tidak banyak dalam gabungan tersebut, manakala pengundi Melayu berhati-hati terhadap DAP yang semakin banyak memegang pentadbiran kerajaan yang boleh menyebabkan mereka terpinggir.

Azman berkata kemenangan BN menunjukkan muafakat nasional antara Umno dan PAS tidak mengasingkan orang bukan Melayu, sambil menambah ia akan membimbangkan kepimpinan tertinggi PH.

Bagaimanapun, dinamik politik Malaysia sentiasa berubah dengan masa dan pelbagai situasi.

“Orang Cina tahu kemenangan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri sementara Putrajaya akan kekal di bawah PH. Ini adalah referendum mini orang Cina kepada PH mengenai banyak isu yang mereka tidak puas hati.

“Untuk mengatakan sokongan rakyat beralih kepada pembangkang tidak benar sepenuhnya kerana ia hanya PRK. Tetapi ini adalah amaran awal dan ‘amaran merah’ kepada PH dan perdana menteri untuk melakukan yang lebih baik.”

Azmi memberitahu FMT bahawa PH kehilangan kira-kira 7,000 undi dalam “protes” pengundi. Bilangan undi untuk Wee Jeck Seng hampir sama dengan jumlah yang diperoleh BN dan PAS pada pilihan raya umum tahun lepas.

“Ini dapat dijelaskan oleh jumlah pengundi hanya 73% berbanding 86% pengundi pada tahun lepas. Sebanyak 13% pengundi luar mewakili 7,000 pengundi tambahan, di mana PH kehilangan sebahagian besar sokongan mereka.

“Jika PH tidak membetulkan atau menghentikan perbalahan yang berlaku dalam pandangan umum, maka saya meramalkan kerajaan PH akan menghadapi kemarahan rakyat – dengan atau tanpa pilihan raya kecil.” – FMT

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya 5 Peratus Pengundi Melayu Pilih PH

Next Post

Mahathir, PPBM Diajak Sertai Muafakat Nasional

Related Posts

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

14/07/2025
0

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Perkara itu antara dibincangkan dalam...

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Next Post

Mahathir, PPBM Diajak Sertai Muafakat Nasional

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd