• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM: Ivermectin Tak Kurangkan Risiko Penyakit Covid-19

oleh Cj Mnh
04/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil dapatan Kajian Keberkesanan Rawatan Ivermectin Untuk Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (I-TECH) oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan Covid-19 sedia ada.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit Covid-19 tahap teruk.

“KKM (Kementerian Kesihatan) menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, keputusan I-TECH selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCOR-Covid-19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brasil yang tidak menyokong penggunaan rutin Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan Covid-19.

Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam jurnal kajian semula setara bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian-kajian Ivermectin termasuk metaanalisis, katanya.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Beliau berkata kajian I-TECH dijalankan ke atas 500 pesakit Covid-19 kategori dua atau tiga yang dimasukkan ke hospital dengan menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin (0.4mg/kg/hari) berserta penjagaan standard berbanding dengan hanya penjagaan standard.

Kumpulan yang menjalani rawatan standard of care (SOC) adalah berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan untuk pesakit Covid-19 di 20 hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0, katanya.

Dr Noor Hisham berkata kajian percubaan klinikal tersebut dijalankan oleh pakar perubatan penyakit berjangkit dan pakar perubatan yang terlibat secara aktif dalam pengurusan Covid-19 dengan kerjasama ICR di bawah Institut Kesihatan Negara.

Menurutnya hasil utama kajian I-TECH adalah untuk melihat sama ada pemberian ubat Ivermectin pada minggu pertama pesakit mengalami gejala penyakit Covid-19 berupaya untuk mencegah kemerosotan penyakit Covid-19 kepada tahap yang teruk (kategori empat atau lima) iaitu dalam kalangan pesakit berusia 50 tahun dan ke atas serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi.

Beliau berkata penyelidik utama kajian I-TECH yang juga Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Dr Steven Lim Chee Loon mendapati tiada perbezaan ketara dari segi kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter ujian darah dan resolusi imbasan sinar-X dada antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Menurut Dr Noor Hisham, kebarangkalian untuk pulih daripada gejala sepenuhnya pada hari kelima penyertaan antara kumpulan Ivermectin dan kumpulan SOC adalah hampir sama di mana tiada perbezaan yang signifikan dari segi statistik.

Selain itu analisis keselamatan melaporkan bahawa kejadian kesan sampingan adalah tiga kali lebih kerap berlaku dalam kumpulan Ivermectin berbanding kumpulan SOC dengan kebanyakannya adalah kes cirit-birit, katanya.

Dr Noor Hisham berharap dapatan kajian tempatan berkenaan dapat memberi pencerahan kepada pengamal perubatan di Malaysia dan juga kepada orang ramai yang sering bertanya mengenai keberkesanan Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan Covid-19.

Beliau turut mengingatkan pengamal perubatan untuk tidak mengesyorkan penggunaan Ivermectin termasuklah berkongsi pengiklanan mahupun penjualan secara haram Ivermectin dengan tujuan merawat Covid-19 sehingga bukti saintifik yang lebih kukuh tersedia.- Bernama

Kes COVID-19 Tertinggi Lingkungan Umur 18 Hingga 59 Tahun

Tags: Ivermectin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi, M’sia Tak Tandatangan Ikrar PBB Haramkan Tebang Hutan

Next Post

Siapa Individu Dan Pasukan Dimaksudkan TMJ?

Related Posts

Ivermectin Tidak Sesuai Untuk Rawatan Pesakit COVID-19

19/03/2022
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa penggunaan Ivermectin bagi rawatan COVID-19 adalah tidak bersesuaian. Ketua Pengarah...

Ivermectin Tidak Berkesan Cegah Gejala Teruk COVID-19 – Kajian Penyelidik Malaysia

20/02/2022
0

KUALA LUMPUR : Satu kajian dijalankan di Malaysia mendapati Ivermectin tidak berkesan menyembuhkan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala teruk. Dapatan...

Next Post

Siapa Individu Dan Pasukan Dimaksudkan TMJ?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd