• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes COVID-19 Tertinggi Lingkungan Umur 18 Hingga 59 Tahun

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Individu dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun mencatatkan angka tertinggi yang menyumbang kepada pertambahan kes COVID-19 di negara ini.

Menerusi data dalam COVIDNOW, sehingga 1 November jam 11.59 malam, terdapat 3,662 kes yang dilaporkan adalah individu dalam lingkungan umur berkenaan.

Selain itu, kedua tertinggi adalah lingkungan umur 0 hingga 11 tahun dengan 1,033 kes, diikuti 60 tahun dan ke atas (716) serta 12 hingga 17 tahun (217) kes.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari terdapat 4,620 kes COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 2,476,268 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan terdapat lima negeri mengatasi nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara, yang kini pada kadar 0.96.

Lima negeri yang tinggi nilai Rt adalah Putrajaya dengan 1.06 diikuti Kuala Lumpur (1.01), Negeri Sembilan (1) dan masing-masing pada kadar 0.98 di Selangor dan Melaka.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah adalah 0.96, masing-masing 0.95 di Pahang, Sabah, Perlis, masing-masing 0.90 di Pulau Pinang dan Terengganu, Kelantan (0.87) serta masing-masing 0.86 di Johor, Perak dan Sarawak.

Nilai Rt di negara ini terus menunjukkan peningkatan, berbanding yang dicatatkan pada 25 Oktober lalu, iaitu pada kadar 0.88. – BH Online

Tags: jangkitan COVID-19KKMlingkungan umurRt Covid-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd