• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Paling Layak Jadi Menteri – Guan Eng

oleh
09/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.

“Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiayaan, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana politik.

“Saya yakin semua ahli pun bersetuju, Lim Kit Siang merupakan orang paling layak jadi menteri kerana perjuangan beliau, tetapi sayang beliau tolak untuk beri laluan kepada pemimpin muda,” katanya ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor di sini hari ini.

Pada Mei lalu, Kit Siang dipetik sebagai berkata beliau tidak akan menyertai kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana DAP mempunyai bakat secukupnya untuk berkhidmat dengan kerajaan pusat.

Guan Eng turut menyeru anggota-anggota parti supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama seperti mana yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.

“Kita perlu memberikan keutamaan kepada perpaduan parti, jika kita asyik memainkan sentimen kaum dan tidak bersatu-padu, maka kita akan terjerat dalam perangkap parti pembangkang dan mula melemahkan kita.

“Kita tidak mahu mencontohi parti-parti pembangkang yang suka memainkan sentimen perkauman yang akhirnya memperlihatkan mereka pecah-belah seperti mana sekarang,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Guan Eng meluahkan rasa terkejut apabila ada pihak yang mahu Malaysia keluar daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sekiranya berlaku, Malaysia akan jadi satu-satunya negara yang tak jadi Ahli PBB… sedangkan Korea pun ahli PBB, saya tidak faham kenapa mereka (pembangkang) mainkan sentimen ini,” katanya.

Semalam ketika berucap dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pemimpin UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan ‘menyerang’ PBB dengan mendakwa pertubuhan itu mempengaruhi hala tuju negara.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang diadakan pada hari ini.

Pemilihan itu menyaksikan 40 calon bertanding bagi 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd