Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cawan Aiskrim Boleh Dimakan...

JAKARTA - Bayangkan, aiskrim dalam bekas yang anda beli sudah pun habis dimakan...

Cipta Mesin Sesuai Ciri...

PUTRAJAYA - Penghasilan mesin dan kaedah masa depan bagi industri minyak sawit perlu...

“Niaga Tak Tara Mana,...

TUGAS sebagai seorang penjaja bukan hanya sekadar menjual, tetapi mereka juga perlu bersikap...

Mat Sabu Bangga PAN...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) tetap berbangga dengan keputusan Pilihan Raya...

Ketua Menteri Melaka Baharu Angkat Sumpah Jumaat?

AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka ke-12 bagi menggantikan Adly Zahari selepas Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dijangka diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini.

Difahamkan, istiadat mengangkat sumpah jawatan akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini.

Jawatan itu hampir pasti diserah kepada wakil UMNO yang ketika ini menguasai gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika ditemui turut membayangkan perkara itu.

Sumber berkata, beberapa nama ADUN daripada UMNO,khususnya pemegang jawatan utama parti di peringkat negeri dan bahagian disebut-sebut dilantik Ketua Menteri yang baharu.

ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, 55 antara nama yang hangat diperkatakan akan dilantik ke jawatan berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, dianggap sebagai antara wakil rakyat yang bersih daripada kontroversi dan berpengalaman luas dalam pentadbiran serta politik.

Anak kelahiran Kampung Durian Daun, Masjid Tanah itu pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian dan Perdagangan negeri ketika Datuk Seri Idris Haron menjadi Ketua Menteri pada penggal lalu.


Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, Sulaiman turut berkelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.

Nama Idris yang juga ADUN Sungai Udang turut menjadi sebutan untuk dilantik semula menerajui pucuk kepemimpinan negeri berdasarkan pengalaman serta karisma dimilikinya.

Ketika menjadi Ketua Menteri, Idris berjaya membawa masuk nilai pelaburan lebih RM20 bilion menerusi pelbagai pelaksanaan projek pembangunan negeri.

Bagaimanapun, sumber berkata, jika berlaku perubahan saat akhir, jawatan berkenaan akan disandang rakan PN daripada BERSATU dengan nama ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkemungkinan dilantik Ketua Menteri Melaka ke-12.

BN Melaka sebelum ini mengumumkan membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama BERSATU, selain penyertaan ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam gabungan PN.

BN negeri yang memiliki 13 ADUN, diperkukuhkan dengan penyertaan dua ADUN BERSATU iaitu Mohd Rafiq dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Jailani dan Norhizam bagi menjadikan sokongan kepada PN berjumlah 17 daripada 28 ADUN di negeri itu. – BH Online

Kategori