• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua BERSATU Teluk Intan Dituduh Pecah Amanah

oleh
21/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Teluk Intan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah lebih RM330,000.

Tertuduh Firdaus Rizal Manan, 40, yang juga seorang peguam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Hakim Norita Mohd Ardani kemudiannya menetapkan 25 Jun 2020 sebagai tarikh sebutan semula kes.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Timbalan Pendakwaraya, Nur Azimah Che Ismail yang membuat pertuduhan itu memohon mahkamah untuk mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, hakim selepas mendengar rayuan tertuduh yang kurang sihat serta hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda, menetapkan jaminan RM2,500 setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili peguambela Zamri Mohd Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 13 Julai 2018 bertempat di RHB Bank Berhad, Bandar Baharu Teluk Intan, sebagai peguam bagi Tetuan Firdaus Rizal & Co melakukan pecah amanah berjumlah RM116,187.88 wang hasil jualan rumah di Lorong Kaya, Taiping.

Pada hari yang sama, tertuduh di bank yang sama melakukan pecah amanah membabitkan wang berlebihan hasil pembelian rumah berkenaan berjumlah RM18,000.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, pada 4 Mei 2018 bertempat di Tetuan Firdaus Rizal & Co, tertuduh melakukan pecah amanah berkenaan harta di tingkat 2, Jalan Intan 4, Bandar Baharu Teluk Intan bernilai RM176,753.88 dan RM19,430.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebat dan denda mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaaan untuk kesemua pertuduhan. – BH Online

Tags: BERSATUpecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Mengaku Salah Tendang Wanita Penghantar Makanan

Next Post

Trafik Sesak Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

Next Post

Trafik Sesak Di Beberapa Lebuh Raya Utama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd