Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Spritzer Malaysia (Spritzer), mengajak rakyat Malaysia supaya mendaftar untuk vaksinasi...

Najib Bertolak Ke Ibu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta,...

Askar Stormtrooper Star Wars...

WASHINGTON DC - White House di sini turut dilanda 'demam' episod terbaharu filem...

Perompak Ambil Masa 2...

NIBONG TEBAL - Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit...

Kes Hon Surau: Pemandu Mohon Maaf, Tak Niat Jahat

JOHOR BAHRU – “Saya tidak niat jahat atau ingin singgung perasaan dengan bunyi hon kereta masa itu,” kata pemandu kenderaan yang tular kerana insiden di depan Surau Austin Perdana, 5 Mei lalu.

Selepas hampir seminggu kes berkenaan, Toh Chai Eun, 28, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam terutama mereka yang terlibat dalam kes berkenaan Jumaat lalu.

Chai Eun yang bekerja sendiri datang dengan ditemani abangnya, Toh Chai Chung, 30, muncul dalam satu perjumpaan diadakan di Pejabat Agama Islam Johor yang juga disertai ahli jawatankuasa surau terlibat.

Turut hadir sama ialah Pengerusi Jawatakuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut dan Pengerusi Surau Austin Perdana, Mohd. Khaiidzir Ismail

Permohonan maaf terbuka itu dibacakan wakil Chai Eun, Mahadzir Abu Said yang menyatakan harapan agar kes ‘panas’ tersebut dapat diselesaikan segera serta tidak menyinggung semua pihak dan seluruh Bangsa Johor.

“Apa yang berlaku pada waktu itu kerana saya telah terperangkap dalam kesesakan jalan di situ dan dalam urusan penting. Ini menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan dan saya juga mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau yang cedera di leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakkan dan percakapannya, turut menyatakan harapan agar kes tidak dipanjangkan atau disebarkan sehingga mencetuskan ketidaksenangan kaum.

“Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini untuk menjadi lebih besar dan maksud yang ingin disampaikan iaitu keamanan dan keharmonian antara semua kaum tinggal di Malaysia selama ini.

“Diharap selepas kenyataan ini saya tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media untuk tujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” katanya.

Kes Hon Surau: Pemandu Mohon Maaf, Tak Niat Jahat

Sementara itu, Mohd. Khaiidzir berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan keseluruhannya ekoran perjumpaan pemandu itu dan ahli jawatankuasa surau selain diharap menyelesaikan kes kekecohan yang tular.


“Kami mengucapkan terima kasih atas pertemuan ini yang sememangnya tidak dijangka meskipun perkara ini berlaku di luar surau, kami sebagai jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalip yang ditemui pemberita memberitahu bahawa menerusi platform perjumpaan yang tidak dirancang tersebut, ia menggambarkan semangat warga Malaysia ingin hidup harmoni.

“Kalau kita melihat kepada banyak peristiwa, kita akan dapat jumpa satu penyelesaian yang sangat baik, kita akan berbalik kepada semangat Malaysia itu sendiri khususnya di negeri Johor.

“Lagipun perkara ini berlaku di kawasan yang berkaitan agama, kita tidak mahu Islam itu sendiri dilabel sebagai agama ganas, kerana Islam itu sendiri membawa maksud kesejahteraan, itu yang kita inginkan,” kata beliau.

Dalam insiden Jumaat lalu, Chai Eun dipukul kerana membunyikan hon di hadapan surau Austin Perdana menyebabkan sekumpulan jemaah surau dalam keadaan berang dengan merosakkan sebuah kenderaan.

Rakaman video insiden tersebut kemudian menjadi tular menerusi media sosial dan kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya yang membunyikan hon ketika solat jumaat masih lagi sedang didirikan.

Kejadian yang dirakamkan dalam video berdurasi 1 minit 10 saat itu menyaksikan sekumpulan jemaah merosakkan kenderaan yang dipandu oleh seorang individu di pekarangan surau berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori