Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAU 2022: UMNO Setuju...

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan bengkel bagi membincangkan kesan...

Asteroid ‘Spooky’ Lintasi Bumi...

KUALA LUMPUR - Sebuah asteroid 'Spooky' bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter...

Rakyat Malaysia Puasa 18...

WARSAW - Berpuasa di Eropah amat menguji keimanan mereka yang menjalani ibadah ini...

PRK Dun Chempaka: SPR...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890...

Kes COVID-19 Di Sepanyol Atasi Itali

MADRID/ROM – Kes COVID-19 di Sepanyol mencecah 124,736 pada semalam, mengatasi kes yang dicatatkan Itali iaitu sebanyak 124,632, lapor agensi berita Xinhua.

Sepanyol melaporkan 809 kematian baharu antara Jumaat dan Sabtu, menjadikan keseluruhan 11,744.

Jumlah kes disahkan setakat ini 124,736 berbanding 117,710 sebelum ini.

Kes baharu dicatatkan pada Sabtu sebanyak 7,026, sedikit menurun berbanding Jumaat berjumlah 7,472.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam berkata perintah berkurung akan dilanjutkan lagi.


“Perintah berkurung selama tiga minggu dilihat dapat memperlahankan rantaian jangkitan, jumlah orang ke hospital sedikit menurun dan mereka yang dibenarkan keluar wad meningkat,” katanya.

Sementara itu, di Itali setakat semalam, virus maut itu telah meragut 15,362 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 124,632, menurut data terbaru dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam.

Sepanyol dan Itali, dua negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kategori