Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Chua Soi Lek Bertanding...

KUALA LUMPUR - Spekulasi yang bertiup kencang bahawa veteran MCA, Tan Sri Dr. Chua...

Rombakan Kabinet Bukan Tugas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, rombakan...

40,000 Pelajar Akan Terima...

PUTRAJAYA - Sebanyak 40,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di 191 bahagian UMNO...

Warga Emas, Golongan Berisiko...

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Pulau Pinang menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi...

Kes Adib: Polis Tak Tolak Panggil Semula Beberapa Individu

SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula individu yang disyaki terlibat dalam insiden membabitkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Allahyarham Muhammad Adib maut dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan selepas Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib akibat tindakan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali.

“Siasatan juga akan melihat siapa individu yang memukul Muhammad Adib. Perkara ini akan periksa dengan lebih lanjut dengan jabatan jenayah selepas kita menerima laporan penuh inkues tersebut dari mahkamah.

“Sama ada kita panggil semula, kita akan tengok berdasarkan kenyataan yang diberikan sebelum ini. Jika ada tokok tambah kita akan rekod semula keterangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Selangor.


Arjunaidi menggantikan jawatan Datuk Ab Rashid Ab Wahab yang bersara wajib pada 30 September ini.

Hari ini, Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya itu adalah akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Kategori