• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjaya Guru Dan Cabaran Menuju TN50

oleh
13/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGIKUT statistik Kementerian Pendidikan sehingga 1 Jun 2016 lalu, terdapat 239,850 guru di semua sekolah rendah manakala 181,978 guru di peringkat menengah.

Angka ini menunjukkan lebih 400 ribu guru kini memikul tanggungjawab mendidik kira-kira 2,685,403 pelajar rendah dan 2,188,525 pelajar menengah.

Beban guru kalau diamati dalam kata-kata indah, boleh difahami dengan menghayati puisi Sasterawan Negara, Dr. Usman Awang:

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa,
Dengan lembut sabar mengajar tulis baca.

Sebenarnya, cabaran guru pada zaman teknologi maklumat kini lebih mencabar berbanding pada masa lalu. Guru berhadapan dengan pelbagai kerenah dan persekitaran komunikasi yang mengugat anak murid.

Namun, realiti ini jugalah pemangkin semangat untuk guru terus berjuang mendidik anak bangsa. Berikut antara cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini

Teknologi gajet yang semakin maju

Teknologi gajet memainkan peranan penting pada masa kini. Namun, guru menghadapi kemelut susah mengadaptasi teknologi baru kerana sudah terbiasa dengan cara konvensional yang diterapkan pada zaman mereka.

Oleh itu, pihak kerajaan menggalakkan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menerapkan teknologi sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam kelas.

Kerajaan turut membantu guru untuk menerima teknologi gajet ini dengan menjalankan kursus yang bersesuaian. Justeru, guru mampu menjalankan tugas dengan bantuan teknologi secara lebih efisien.

Pemikiran pelajar yang matang

Pemikiran pelajar sekarang lebih matang kerana pendedahan terhadap teknologi dan juga internet. Pelajar mampu mencari jawapan dengan hanya menekan butang kekunci di komputer. Maklumat di hujung jari sahaja.

Oleh itu, tugas guru perlu lebih kreatif untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bersedia mencari solusi menjawab soalan pelajar yang mampu berfikir di luar kotak.

Selain cabaran menangani kematangan pelajar, guru juga perlu memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelan ini satu kesinambungan terhadap pelan pendidikan sebelumnya. Pelan ini menekankan keberhasilan murid yang holistik seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ini cabaran baharu mencabar kesediaan guru untuk memastikan murid yang holistik dapat dilahirkan dalam suasana zaman tanpa sempadan ini.

Justeru, guru perlulah memahami sepenuhnya PPPM ini untuk melahirkan pelajar yang sepatutnya.

Bebanan Kerja

Bebanan kerja guru kini sentiasa makin bertambah dari hari ke hari. Guru terpaksa memainkan peranan untuk membina soalan peperiksaan, mengawal disiplin pelajar serta mengisi borang online untuk pemarkahan pelajar.

Satu lagi fenomena yang menyebabkan guru stres dan menghadapi tekanan psikologi. Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, kesannya bukan kecil.

Guru mengalami stress dan ada kes guru tidak mampu menjalankan tugas dengan sempurna. Realitinya guru berdepan cabaran bukan kecil. Masa berubah dan kerjaya guru kini makin tegar.

Apa lagi kini guru juga bakal menjadi penjana TN 50. Oleh itu, hormatilah guru. Bukan kerana simpati tetapi atas pengorbanan.

Menjelang 16 Mei ini, ayuh laungkan: “Selamat Hari Guru”.

#LaskarMalaya⁠⁠⁠⁠

Tags: Guruhari guru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengusaha Stesen Minyak Sedih Harga Turun 3 Minggu

Next Post

Ambil Iktibar PAS Putus Kerjasama Dengan PKR

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Ambil Iktibar PAS Putus Kerjasama Dengan PKR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd