Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Setelah 13 Tahun.. Gwen...

SETELAH 13 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi Gwen Stefani akhirnya memutuskan...

BN, PAS Sokong Muhyiddin...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan PAS bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi...

Kang Gary Umum Kahwini...

BEKAS anggota program candawara realiti popular Running Man, Kang Gary mengejutkan ramai peminatnya apabila...

Pribumi Bersatu Malaysia Parti...

MENURUT sumber Free Malaysia Today, parti baharu yang bakal dinaungi bekas perdana menteri,...

Kerana Malu, Mona Suruh Shahir Minta Maaf

LEPAS satu, satu lagi isu tentang ‘kisah cinta’ antara Mona dan Shahir ni. Bila nak habis?

Terbaharu, Mona Syamimi Mohd Samsudi, telah mendesak Shahir Zawawi supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya berkenaa isu panas yang terjadi sejak awal minggu ini.

“Saya ini orang biasa. Bila dia cakap saya ini peminat, saya tak pernah pun minat pada dia seperti peminat lain kerana suara dia bukan best (bagus) sampai saya nak minat.

“Dan lagi satu, saya bukan artis nak sabotaj dia, lainlah kalau saya ini kawan Akademi Fantasia yang sama-sama bertanding mungkinlah tapi saya hanya orang biasa,” kata Mona dipetik daripada sebuah portal tempatan.

Sejak namanya naik, Mona sering menjadi tumpuan pihak media yang ingin mendapatkan kenyataannya berkenaan ‘kisah cinta’ mereka tu.

Pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu sering kali menegaskan bahawa hubunganya dengan Shahir hanya sekadar kawan dan semuanya menjadi rumit apabila gambar mereka tular di media sosial minggu ini.

Memang lah jadi viral… Awak sendiri yang post, kalau tidak mesti tak akan ada siapa yang tahu mengenai hubungan kalian berdua. Sendiri buat, sendiri lah tanggung akibatnya nanti.

Baca: “Hanya Peminat, Mona Bukan Kekasih Saya” – Shahir

Kalau sudah memang hubungan hanya sekadar kawan, buat apa nak bising-bising komen itu ini hingga dedahkan perbualan di WhatsApp sampaikan setiap hari kalau buka saja mana-mana portal hiburan, mesti akan ada cerita mengenai kalian berdua.

Ibu tunggal kepada dua orang anak itu juga mendakwa bahawa perkenalan mereka bukannya diatur oleh orang lain, sebaliknya terjadi tanpa campur tangan orang tengah.

Semalam, kecoh pula bila Mona mengeluarkan kenyataan bahawa dia kini sudah mempunyai teman lelaki. Ya, kalau ada teman lelaki, kenapa nak perbesarkan itu ni?

Juga: Mona Dah Ada Kekasih Tapi Masih Layan Lelaki Lain?

“Saya baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Saya sudah cerita (mengenai Shahir) dan teman lelaki saya tak terkejut. Bila orang tanya pasal cerita ini, dia okey sahaja,” kata wanita yang berusia 27 tahun itu.

Dia juga terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang peserta AF Megastar, Ewal mengenai ‘perangkap’ yang dilakukannya.


Lagi: Shahir Tarik Diri, Ewal Dedah Perangai Sebenar Mona

“Kenapa Ewal tiba-tiba nak buat kenyataan begitu, sedangkan saya sudah nak tutup kes. Tadi Ewal hubungi saya dan cakap yang dia tidak pernah keluarkan kenyataan.

“Saya kata kalau awak tak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar. Sebenarnya saya bengang juga dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Memang saya kenal dia dulu.

“Syamel pula berterus-terang dengan saya dan saya tak kacau dia. Sekarang ini Ewal keluar kenyataan bodoh-bodoh buat apa.

“Bengang juga ni. Ewal nak jatuhkan nama saya buat apa, nak popularkan nama balik ke?” soalnya dengan rasa kecewa.

Takkan Ewal menafikan kenyataan yang dia berikan semalam? Sedangkan Ewal sendiri telah mengeluarkan kenyataan tersebut kepada sebuah akhbar tempatan?

Tapi kalau betul anda di pihak yang benar, jangan lah cepat melenting. Mungkin boleh tunggu sehingga konsert akhir AF Megastar tamat, kemudian waktu itu barulah kontoversi ini akan tamat.

Makin lama, makin meluat pula asyik cerita yang sama saja yang keluar. Yang Shahir pula hanya mendiamkan diri? Muncul lah Shahir, katakan apa yang terjadi sebenarnya.

Sampai bila nak terus diam sahaja? Macam-macam cerita buruk dah keluar sekarang ni tentang diri anda. Takkan nak tengok orang hina kalau anda tak buat salah?

Sekurang-kurangnya perkara ini boleh ditamatkan dengan segera. Netizen pun dah bosan asyik dengan cerita yang sama sahaja. Hari ni cakap lain, esok cakap lain dan akhirnya tak selesai pun. – MYNEWSHUB.CC/AA

Kategori