Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Golongan Belia Perlu Dibimbing...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pemimpin di...

PRU-15: Wan Azizah Tercicir...

Kuala Lumpur : Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan...

Rancangan Culik Berskala Besar...

LAHAD DATU - Rancangan untuk menculik warga asing secara besar-besaran dari pusat peranginan...

Cetak Kertas Soalan Di...

KUALA LUMPUR - Persoalan utama  dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah...

Intergriti Graduan Teras Reputasi Universiti

KUALA LUMPUR – Reputasi universiti akan berada di tahap tinggi jika berjaya mendidik, mengasuh, membimbing dan menghasilkan graduan yang berintegriti.

Canselor Universiti Malaya (UM) Sultan Nazrin Shah bertitah integriti dan kepimpinan berintegriti amat penting dalam sesebuah organisasi dan negara kerana memiliki integriti yang tinggi adalah sebahagian daripada sifat ilmuwan.

“Insan berpelajaran mungkin menguasai pelbagai pengetahuan tetapi tidak merasa bersalah memanipulasikan pengetahuan untuk kepentingan diri, meski mengakibatkan kesengsaraan kepada insan lain dan kehidupan alam.

“Sementara insan berpendidikan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UM ke-57 di Dewan Tunku Canselor, di sini.

Sultan Nazrin bertitah, pencapaian kepada Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang 2020 juga amat bergantung pada tahap nilai integriti yang dimiliki warga universiti dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

Titah baginda, sebagai pusat perkembangan ilmu dan tamadun yang bertanggungjawab melahirkan cerdik pandai, UM mempunyai tanggungjawab besar untuk menyemai nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan terbaik.

“Alhamdulillah Universiti Malaya telah memasukkan di dalam kurikulum, elemen-elemen untuk membentuk graduan yang memiliki daya kepimpinan berwibawa, graduan yang mempraktikkan budaya kerja cemerlang, graduan yang mempunyai jati diri tinggi serta graduan yang menghayati agama secara mendalam,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga UM apabila berjaya melonjakkan ranking universiti itu daripada tangga 133 pada 2016 ke tangga 114 menerusi QS World University Rankings 2017.

Titah baginda, UM juga tersenarai dalam kelompok 50 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings by Subject 2017 dalam lima subjek iaitu Kejuruteraan Elektrik (ranking ke-23); Pengajian Pembangunan (26); Kejuruteraan Mekanikal (33); Kejuruteraan Kimia (38) dan Pendidikan (41).


Sultan Nazrin turut bertitah mengingatkan para graduan supaya bersedia menghadapi realiti dunia yang kian mencabar bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kesediaan fizikal untuk memenuhi pasaran kerja tetapi juga melengkapkan diri dengan akhlak dan budi yang menjadi teras pembinaan roh.

Baginda kemudiannya turut berkenan melancarkan Kompilasi Titah Istiadat Konvokesyen Canselor Ketiga Universiti Malaya selepas istiadat konvokesyen itu ditangguhkan.

Istiadat bahagian pertama itu turut menyaksikan Tan Sri Siti Norma Yaakob sekali lagi dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UM untuk tempoh lima tahun.

Seramai 4,867 graduan menerima ijazah pada istiadat konvokesyen itu yang terdiri daripada 645 penerima Ijazah Kedoktoran; Ijazah Sarjana (1,795) dan Ijazah Sarjana Muda (2,427).

Konvokesyen ke-57 mengurniakan Ijazah Kehormat kepada pakar sejarah, Profesor Anthony Crothers Milner dan Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Berhad Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, serta gelaran Profesor Emeritus kepada Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Malaysia Prof Datuk Dr Zainal Kling dan pakar paediatrik, Dr Lin Hai Peng. – BERNAMA

Kategori