• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Polis Direman 3 Hari Disyaki Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang sarjan polis ditahan reman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes suapan yang dipercayai diterimanya daripada seorang penagih dadah, di sini semalam.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Khas (Reman) Seremban selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman anggota polis wanita berusia 36 tahun tersebut.

Permohonan difailkan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Khairi Abdul Karim manakala wanita itu diwakili peguam Rajindar Sigh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah.

Menurut SPRM, anggota polis berkenaan dipercayai menerima suapan RM1,200 daripada seorang penagih dadah bagi menutup kesnya (kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh) agar tidak dibawa ke mahkamah.

Difahamkan wanita itu telah meminta RM1,300 namun pada pertemuan dengan penagih berkenaan dia memberi diskaun RM100 menjadikan jumlah rasuah yang diterima RM1,200. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd