• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Isu DBI, Adam Shaz Turut Kena Tempias

oleh
05/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG lain yang buat hal, orang lain pula yang terkena tempias sekali. Apalah nasib selebriti tempatan yang turut menjadi ‘mangsa’ Datuk Boy Iman ini.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Nassier Wahab dituduh bersekongkol dengan Boy Iman kerana kebetulan pula dia menjadi duta kepada syarikat DBI Properties.

BACA: Kes DBI: Nassier Wahab Kecewa Apa Yang Berlaku

Kini, giliran pelakon filem Juvana,  Adam Shahz pula yang menjadi mangsa dihina oleh orang ramai kerana dia pernah menjadi jurucakap usahawan itu.

“Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

“Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya cuma jadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini,” ujarnya dipetik mStar Online.

Media sosial milik Adam juga kini telah diserang hebat oleh orang ramai yang tidak berpuas hati mengenai isu penipuan projek pembinaan rumah banglo kos murah tersebut.

Adam juga telah diminta bagi mengulas mengenai penglibatannya dalam syarikat milik Boy Iman yang telah ditahan oleh pihak polis pada Isnin lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu. Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah,” tambahnya lagi.

Kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa. Diharapkan semua pihak dapat memberhentikan sebarang spekulasi berkaitan isu ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: Datuk Boy ImanDBI Propertiestipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wajib Lulus 60 Markah Ujian Untuk Bercerai

Next Post

2 Kilang Nissan Diserbu Sebab Ada Juruteknik Haram

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Next Post

2 Kilang Nissan Diserbu Sebab Ada Juruteknik Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd