• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Niat Wujud Semula STING, STAFOC, STAGG

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan semula beberapa pasukan siasatan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibubarkan sebelum ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pembubaran pasukan khas seperti Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bukan untuk memansuhkan fungsinya tetapi sebaliknya fokus dapat diberikan kepada pengukuhan dan pemerkasaan skuad PDRM sedia ada.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari in,i bagi menjawab celahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Selain STING, dua pasukan khas lain iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) diumum dimansuhkan Jun lepas sebagai sebahagian langkah penstrukturan semula PDRM.

Dalam pada itu, Mohd Azis turut menyatakan mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan negara kedaulatan negara tidak terjejas.

“Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga dan menyelia keselamatan negara akan memastikan tidak setiap inci pun tanah dapat dicerobohi dan kita akan ambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang mencerobohi ruang udara, darat dan perairan negara kita,” katanya.

Sebagai respons kepada komitmennya itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) secara berseloroh mencelah meminta Mohd Azis mengangkat sumpah terutama dalam mempertahankan kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak, yang berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, namun sering dicerobohi kapal pengawal pantai China dan nelayan negara asing.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menegur tindakan Shahidan, dengan menyatakan Dewan Rakyat bukanlah tokong ataupun masjid untuk seseorang bersumpah, yang disambut hilai tawa Anggota Parlimen lain. – BERNAMA

Tags: STAGGSTING
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala AFF: Malaysia & Vietnam Berentap Di Final

Next Post

Letupan Gas: Jasad Chin Hsien Loong Disemadi Sabtu

Related Posts

STAFOC, STAGG Tak Diwujudkan Semula – Hamzah

19/03/2021
0

IPOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang mewujudkan semula Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas...

Tiada Lagi Pasukan STAGG, STING, Stafoc Di PDRM

27/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah...

Next Post

Letupan Gas: Jasad Chin Hsien Loong Disemadi Sabtu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd