• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Perlu Segera Laksana Dasar Fiskal – Asyraf

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus segera melaksanakan dasar rangsangan fiskal melalui projek-projek infrastruktur bagi merangsang ekonomi melalui penciptaan pekerjaan yang bergaji tinggi dan menggalakkan perbelanjaan domestik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, prestasi pengurusan ekonomi negara di bawah kerajaan PH ternyata makin meruncing apabila kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi suku keempat tahun 2019 iaitu 3.6 peratus, menjadikan pertumbuhan KDNK untuk keseluruhan tahun 2019 ialah 4.3 peratus.

“Prestasi ini adalah jauh di bawah andaian asal Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebanyak 4.9 peratus semasa umum Bajet 2019 dan juga di bawah ramalan 4.7 peratus semasa beliau umum Bajet 2020. Juga terburuk dalam tempoh sedekad,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau semalam.

Asyraf Wajdi berkata, Guan Eng juga tidak seharusnya bergantung kepada dasar monetari sahaja untuk merangsang ekonomi kerana Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah diturunkan dua kali sejak PH mengambil alih Putrajaya.

“Malah strategi menyalahkan segala-galanya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu juga harus segera dihentikan agar fokus lebih tersasar untuk memperbetulkan strategi pengurusan ekonomi PH yang setakat ini ternyata gagal,” katanya.

Justeru, Asyraf menggariskan lima kesan besar daripada pengumuman terbaharu BNM termasuklah penurunan keyakinan daripada pengguna dan pelabur pada ekonomi Malaysia tahun 2020.

“Kedua, pengguna dan pelabur akan mengambil sikap berhati-hati untuk berbelanja dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Malaysia.

“Ketiga, pengurangan permintaan domestik disebabkan pengguna berjaga-jaga dengan perbelanjaan mereka akan melembapkan lagi ekonomi negara pada tahun 2020 di mana saiz pekerja mungkin dikurangkan disebabkan pihak swasta ingin mengurangkan bebanan kos operasi. Kitaran negatif akan menyebabkan Malaysia akan terkesan teruk sekiranya tiada rangsangan ekonomi dilaksanakan.

“Keempat, penurunan pelaburan bermakna tiada penciptaan pekerjaan baharu dan tiada pelaksanaan teknologi baharu di Malaysia sekali gus tidak meningkatkan produktiviti negara,” katanya.

Katanya, cabaran wabak koronavirus (Covid-19) akan memberi kesan pada sektor pelancongan pada suku pertama tahun 2020 di mana pada tahun 2019 dalam tempoh yang sama menyumbang kutipan mencecah RM21.44 bilion apabila China dan Singapura menyumbang masing-masing hampir RM3.7 bilion dan RM6.17 bilion.

“Pengurangan pelancong dari China dan Singapura sudah pasti berlaku seperti yang dijangka oleh BNM,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiEkonomi Malaysiapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tak Halang Kapal Persiaran, Kapal Kargo Berlabuh

Next Post

Saifuddin Anggap SD Sokong Mahathir Khabar Angin

Related Posts

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

24/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah...

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

Next Post

Saifuddin Anggap SD Sokong Mahathir Khabar Angin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd