• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Patut Berbelanja Lebih Tinggi Untuk Pelaburan

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempercepatkan dan memperluaskan projek-projek infrastruktur ketika harga komoditi dunia yang rendah ketika ini.

Najib berkata, antaranya seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan MRT3, Lebuhraya Pan Borneo, Projek Sistem Transit Rapid (RTS), Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan projek-projek solar atas kolam.

“Sebab itu, saya saran kerajaan PN untuk mengambil kesempatan harga komoditi dunia yang rendah sekarang untuk mempercepatkan dan memperluaskan projek-projek infrastruktur seperti ECRL, MRT2, MRT3. LRT3, Pan Borneo Highway, RTS, HSR dan projek-projek solar atas kolam.

“Angka pertumbuhan pelaburan awam ini tidak boleh negatif. Jika pelaburan swasta negatif dan pelaburan awam juga negatif, siapa yang melabur pada tahun ini untuk menyokong ekonomi kita dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk mereka yang terjejas pada masa krisis (koronavirus) Covid-19,” kata Najib menerusi entri Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, minggu lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan ramalan ekonomi mereka untuk tahun 2020 yang mengambil kira pakej-pakej rangsangan ekonomi kerajaan PN.

Menurutnya, BNM meramalkan pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2020 ini adalah antara -2.0 peratus hingga +0.5 peratus.

Beliau yang merujuk graf ramalan dikeluarkan BNM itu berkata, ia jelas bahawa keadaan ekonomi yang sudah semakin teruk di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan menjadi lebih teruk pada tahun 2020.

“Tapi, satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kadar pertumbuhan pelaburan awam (public investment) iaitu perbelanjaan pelaburan kerajaan bagi tahun 2020.

“Sepatutnya dalam krisis ekonomi Covid-19 ini, kerajaan patut berbelanja lebih tinggi untuk pelaburan sebagai langkah untuk menyuntik dana dan merancakkan industri tempatan. Tapi ia dijangka masih pada kadar negatif pula,” katanya.

Terdahulu, BNM mengunjur ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar antara -2.0 peratus hingga 0.5 peratus pada tahun ini susulan kesan negatif penularan Covid-19 sementara bagi pelaburan swasta ialah pada kadar -9.7 peratus serta pertumbuhan pelaburan awam pula pada kadar -7.6 peratus. – Sinar Harian

Tags: Covid-19krisis ekonomiNajib Tun Razakperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd