• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala, Kaki, Tangan 2 Mayat Masih Dicari – Polis

oleh
27/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis melancarkan operasi mencari beberapa lagi bahagian badan dua mayat tidak cukup sifat yang ditemui dengan kesan dikerat semalam di kawasan perumahan Desa Coalfields, dekat Sungai Sungai Buloh semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi oleh unit skuba dan unit anjing pengesan (K9) itu bertumpu di sekitar kawasan dua mayat itu ditemukan.

Semalam, media melaporkan dua mayat iaitu seorang lelaki dan wanita ditemui orang awam dan hasil pemeriksaan polis menemui kesan potong pada bahagian tangan dan kaki selain turut menemui tiga bungkusan plastik hitam berisi sebahagian tangan dan kaki di kawasan berhampiran.

Tumpuan pencarian kini ialah bahagian kepala kedua-dua mangsa dan sebahagian lagi tangan dan kaki mereka, kata Shafa’aton ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis percaya lelaki dan wanita itu dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dibuang ke kawasan itu dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mereka dibunuh kira-kira dua minggu lepas.

Shafa’aton berkata, bedah siasat terhadap anggota badan yang ditemui itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

Buat masa ini identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan polis meminta orang ramai yang kehilangan saudara atau kenalan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dikeratMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd