Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

‘Kalau Abang Saya Salah...

ALOR SETAR - Keluarga lelaki yang maut selepas ditahan polis di Langkawi, pada...

Adam Beri Rafizi 48...

KINI bukan lagi rahsia ada ketegangan serius antara Ketua AMK PKR Ampang, Datuk...

Rahsia Lantai Masjidil Haram...

MAKKAH - Jika pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, adan mungkin mendapati tapak...

SKMM Sekat Iklan Raya...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menyekat satu...

Kenyataan Duta Korea Utara Tidak Wajar, Biadab – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bukan alat mana-mana negara dan akan berpegang teguh kepada prinsip undang-undang dalam siasatan berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia tidak boleh dipaksa atau dibuli dalam apa-apa bentuk tindakan yang dianggap sebagai tidak wajar.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara selama ini, dan kita tidak berniat untuk memburuk-burukan imej Korea Utara, dan kita sangat objektif.

“Malaysia akan berdiri teguh. Kita berpandukan kepada prinsip undang-undang untuk mengetahui kebenaran kerana jenayah itu dilakukan di Malaysia,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Zon Tengah 2017 di sini hari ini.

Najib diminta mengulas mengenai hubungan Malaysia-Korea Utara susulan kritikan oleh Duta Korea Utara Kang Chol berhubung siasatan terhadap pembunuhan Jong-nam.

Najib berkata komen oleh duta Korea Utara itu yang meragui siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia adalah “tidak wajar sama sekali” dan “biadap daripada segi diplomatik.”


“Mereka (Korea Utara) sepatutnya membantu kita untuk merungkai kebenaran. Itu yang lebih penting daripada (membuat) kenyataan melulu dan tidak berasas,” kata Najib.

Pada 13 Februari, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) kira-kira 8 pagi, menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan sebelum segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan. – BERNAMA

Kategori