Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

‘Long Ball Bodoh’, KJ...

SUSULAN kekalahan memalukan 0-6 pasukan Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018...

Bonus RM1,000 Untuk Penjawat...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas...

Kisah Sedih Bapa Berjalan...

BARU-BARU ini tular di laman sosial Indonesia mengenai seorang bapa yang mengendong dua...

Jualan Sentuhan Rakyat Bantu...

GEORGE TOWN - Bayangkan satu tin kecil sardin hanya dijual harga 20 sen...

“Kenapa Pulak Salah Najib, Saya Main FB Tiap Hari Sahaja”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan balas berhubung dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyalahkan beliau susulan runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan hingga menyebabkan kemelut politik melanda negara.

Najib berkata, individu yang menyebabkan populariti kerajaan Pakatan Harapana jatuh dari 80% kepada 20% sehingga gabungan itu kalah teruk dalam lima kali Pilihan Raya Kecil (PRK) berturut-turut adalah Dr. Mahathir.

Malah, yang menjadikan ekonomi negara paling lemah sejak 10 tahun lalu dan punca pasaran saham negara paling corot di dunia juga adalah Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir juga kata Najib yang menjual aset negara yang dibina semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara lambak dan menaikkan hutang negara RM130 bilion sejak PRU14 sehingga rakyat marah.

Bekas Perdana Menteri menambah, Dr. Mahathir yang mengumumkan keluar PH menyebabkan pakatan itu tumbang.

“Yang umum keluar PH dan menyebabkan kerajaan PH tumbang: Parti PM7 sendiri.

“Yang letak jawatan dalam parti dan kerajaan: PM7.

“Yang pecat pemimpin-pemimpin yang sokong PM7: Parti PKR.

“Yang gesa semua pihak supaya hormati budi bicara Agong: PM7i.


“Yang jadi PM8: Muhyiddin.

“Yang mempertikaikan dan tak puas hati dengan budi bicara Agong sekarang: PM7i,” jelas Najin menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam sidang media pagi tadi, Dr. Mahathir sekali lagi mendakwa beliau telah dipujuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mahathir berkata, beliau boleh menerima ahli-ahli UMNO tetapi bukan Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Najib didakwa berjaya mempengaruhi orang Melayu hingga mereka percaya DAP berkuasa dan Dr. Mahathir di berada di bawah telunjuk parti tersebut.

Menjawab dakwaan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terus menyalahkan beliau.

“Saya dok main FB tiap-tiap hari sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori