• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Kesal Tiada Tindakan Serius Rawat Irfan Wafiy

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Keluarga adik Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap penyakit Myokimia kecewa berikutan tiada sebarang tindakan pihak berwajib mengambil berat tentang status kesihatan anak mereka sehingga hari ini. 

Bapa Irfan Wafiy, Idham Wazir A. Wahab, 49, turut mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendakwa mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Dahlia itu.

“Mana seriusnya perhatian mereka, katanya KKM sentiasa memantau keadaan anak saya, saya pun tidak faham.

“Dia (Irfan Wafiy) sepatutnya perlu mendapatkan rawatan fisioterapi tetapi temu janjinya bulan lapan (Ogos) nanti.

“Anak saya kena bulan tiga (Mac) tapi temu janjinya bulan lapan (Ogos), anak saya fobia malah mangsa-mangsa yang lain juga fobia,” soalnya ketika ditemui di Taman Dahlia di sini hari ini.

Idham Wazir berkata, turut kecewa apabila temu janji untuk rawatan psikologi dengan Hospital Permai, Tampoi di sini sebanyak tiga kali namun tiada apa-apa tindakan.

Jelasnya, pihak hospital memaklumkan doktor pakar tiada pada hari berkenaan.

“Tiga kali saya bawa dia (Irfan Wafiy) jumpa doktor psikologi di Hospital Permai tetapi tiga kali dia (doktor) tidak ada,” katanya.

Menurut Idham Wazir, anak keempat dari lima beradik itu perlu menjalani tiga rawatan susulan iaitu rawatan untuk saraf, fisioterapi dan psikologi.

Jelasnya, hanya satu rawatan sahaja diberi perhatian iaitu perlu berjumpa dengan doktor saraf dua minggu sekali.

“Mereka pandai cakap sahaja, tindakan tidak ada.

“Pihak hospital ada beri ubat tapi kesannya bila anak saya makan dia akan tidur jadi saya kasihan sebab dia hendak ke sekolah lebih-lebih lagi dia ada peperiksaan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

Dalam pada itu, Idham Wazir berkata, sehingga kini mereka tidak mendapatkan apa-apa bantuan seperti yang dijanjikan bulan dan bintang sebelum ini. – K! ONLINE

Tags: Irfan WafiyKKMmyokimiapasir gudangpencemaran toksik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KM Pulau Pinang Sahkan JAS Lulus Projek 3 Pulau

Next Post

Eksport Meningkat Namun Malaysia Kekal Dalam Risiko Menurun

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Eksport Meningkat Namun Malaysia Kekal Dalam Risiko Menurun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd