• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Lulus Jual 44 Jenis Bunga Api

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan dasar bagi mengimport, menyimpan dan meniaga bunga api untuk jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata kelulusan ini membabitkan 44 jenis bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan satu jenis ‘Pop-Pop’.

Katanya, daripada jumlah itu, 36 bunga api ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ dibenarkan dijual kepada umum.

Baki sembilan bunga api ‘Happy Boom’ turut dibenarkan dijual kepada orang awam, namun persatuan atau individu perlu membeli bunga api berkenaan menerusi syarikat pengimport dengan memenuhi syarat ditetapkan.

“Peniaga kecil atau bazar dibenarkan menjual 36 jenis bunga api dan ‘Pop-Pop’ dengan syarat memiliki tempat simpan selamat serta mempunyai lesen, permit, kupon dan surat kebenaran daripada pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Mazlan berkata, peruncit seperti pasar raya 24 jam hanya dibenarkan menjual bunga api ‘Pop-Pop’.

Mengulas penjualan sembilan bunga api ‘Happy Boom’, Mazlan berkata peniaga kecil, peruncit, pasar raya atau ejen tidak dibenarkan menjual bunga api berkenaan.

Di samping itu, bunga api terbabit juga tidak dibenarkan dijual kepada pembeli berusia bawah 18 tahun atau secara dalam talian mahupun menerusi aplikasi media sosial.

“Pasar raya dan pusat beli-belah (luar premis) dibenarkan menjual bunga api terbabit dengan syarat mempunyai tempat penyimpanan selamat dan lesen diperakui,” katanya.

Mazlan turut mengingatkan larangan menjual sebarang jenis bunga api di restoran dan kedai makanan.

“Bagi mengelakkan gangguan dan situasi bahaya terhadap orang awam, had tempoh bermain mercun tidak melebihi jam 12 tengah malam dan hanya dibenarkan di kawasan lapang serta selamat sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, dilaporkan berkata bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.

Larangan bermain mercun dan bunga api masih berkuat kuasa sehingga kini mengikut Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Tags: bunga apiKDNmusim perayaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Datuk Abhy’ Umpan Beri Gaji Lumayan

Next Post

Waktu Subuh Di Perak Ditambah 8 Minit Mulai Esok

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

Waktu Subuh Di Perak Ditambah 8 Minit Mulai Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd