Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Mohon Maaf, Dia...

MACHANG - Susulan kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di...

Bajet 2018 Prihatin Pembangunan...

KUCHING - Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari...

Penggodam Curi Satu Bilion...

WASHINGTON - Yahoo mendedah perbuatan penggodam menyebabkan lebih satu bilion data penggunanya dicuri...

Pelanggan Pelacur Di Perancis...

PARIS - Parlimen Perancis akhirnya meluluskan satu undang-undang kontroversi yang akan menghukum salah...

Kapal Perang AS Belayar Di Selat Taiwan

WASHINGTON – Dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) belayar melalui Selat Taiwan semalam, kata seorang jurucakap tentera, satu tindakan yang menggusarkan China ketika ketegangan semakin memuncak dengan Beijing.

USS Curtis Wilbur dan USS Antietam melakukan transit rutin bagi menunjukkan komitmen AS terhadap laluan “Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata Kolonel Rob Manning dalam satu sidang akhbar.

Ia kali kedua dalam tempoh tiga bulan kapal perang Amerika menjalankan latihan “kebebasan navigasi” di perairan sepanjang 180 kilometer itu.

Beberapa kapal perang China turut dilihat memantau kedua-dua kapal AS semasa proses transit sambil mengekori mereka dalam jarak yang selamat, kata pegawai pertahanan kepada CNN.

China masih melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, walaupun kedua-duanya ditadbir secara berasingan sejak perang saudara di tanah besar berakhir pada 1949.


Beijing baru-baru ini menjalankan satu siri latihan tentera, termasuk latihan menggunakan peluru hidup di Selat Taiwan April lalu.

Washington kekal sebagai sekutu paling kuat tidak rasmi Taipei dan pembekal senjata utamanya walaupun menukar pengiktirafan diplomatik terhadap Beijing pada 1979.

Pentadbiran Trump bulan lalu mengumumkan rancangan menjual alat ganti untuk beberapa pesawat termasuk pesawat penggempur F-16 dan pesawat kargo C-130 bernilai AS$330 juta (RM1.3 bilion) kepada pulau itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori