Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kampung Nelayan Benteng...

MUAR — Penduduk Kampung Nelayan Benteng, Pantai Leka, Parit Jawa di sini dan...

Isu Pelabur China: Sultan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan...

Beri Peluang Belia Terlibat...

CYBERJAYA - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu lebih...

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands...

IPOH - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan laluan di Km 44 Jalan Simpang...

Bajet 2018 Prihatin Pembangunan Ekonomi Rakyat

KUCHING – Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini jelas amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan memastikan semua lapisan masyarakat menikmati agihan pendapatan secara seimbang, menurut seorang penganalisis.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ia berpandukan strategi pembangunan nasional dengan memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi modal dengan pelaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi,

“Ia merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Pembahagian kek Bajet 2018 berteraskan kesejahteraan rakyat semasa dan merupakan penanda pengurusan pendapatan negara secara berhemah dan tidak bersifat populis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas Bajet 2018 bertemakan “Memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbang keunggulan duniawi dan ukhrawi demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju TN50′ dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya keutamaan diberikan kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), iaitu merujuk kepada isi rumah berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860 dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus sederhana (M40) yang mendapat manfaat dalam konteks berbeza.

Menurut Awang Azman, ini kerana kerajaan memerintah secara bertanggungjawab dalam melakukan tadbir urus negara bagi memberikan perspektif yang luas dan lebih besar.


Beliau berkata bajet berkenaan juga terus memberi perhatian terhadap sektor pendidikan, kesihatan, perumahan dan usaha meluaskan peluang pekerjaan selain usaha menangani kos hidup semasa melalui pelbagai inisiatif kerajaan.

“Bajet 2018 juga akan berupaya meningkatkan momentum keyakinan rakyat terhadap BN (Barisan Nasional) sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selain melakukan perbelanjaan mengurus kewangan secara berhemah dan bijaksana bagi memastikan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Di samping itu, katanya pembangunan luar bandar turut diberikan perhatian, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam masa yang sama, katanya negeri-negeri yang diperintah pembangkang (Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan) juga tetap menerima manfaat bajet ini, membuktikan kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan melangkaui sempadan ideologi politik. – BERNAMA

Kategori