• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelanggan Pelacur Di Perancis Boleh Didenda RM16k Jika…

oleh
07/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Parlimen Perancis akhirnya meluluskan satu undang-undang kontroversi yang akan menghukum salah laku pelanggan pelacur dengan denda sebanyak 3,750 euro (RM16,717) sekali gus mengiktiraf kerjaya pelacuran.

Menerusi undang-undang baharu itu, seseorang yang terbukti menggunakan layanan pelacur perlu mematuhi peraturan mengenai pelbagai keadaan dihadapi pekerja seks tersebut demi mencari nafkah untuk diri mereka.

“Aspek paling penting dalam undang-undang ini ialah perlindungan terhadap kebajikan dengan memberi mereka kad pengenalan rasmi kerana kami tahu 85 peratus adalah mangsa pemerdagangan manusia,” ujar Maud Olivier.

Anggota parlimen dari Parti Sosialis itu memberitahu agensi berita Associated Press, undang-undang terkini itu diluluskan dewan rendah dengan 64 suara bersetuju berbanding hanya 12 suara bantahan dan 11 suara berkecuali.

Dalam pada itu, akhbar terkenal Perancis, Le Monde berkata, undang-undang ini secara praktis melengkapkan undang-undang pada 2003 yang dikritik hanya mengenakan hukuman terhadap pelacur dan bukan pelanggan.

Menurut laporan media tempatan, undang-undang tersebut memerlukan waktu dua tahun agar dipersetujui parlimen kerana menjadi ‘mangsa tarik tali’ antara pelbagai penggubal perlembagaan yang ada kepentingan.

Dewan tinggi perundangan iaitu Senat Parlimen, yang didominasi majoriti anggota parti sayap kanan, sering menolak draf undang-undang hak asasi pelacur tersebut sehingga sesi perdebatan kerap menemui jalan buntu.

pelacur1

Namun, undang-undang tersebut yang bakal menghukum pelanggan pelacur bukannya mudah diluluskan tanpa diselubungi siri protes daripada golongan petugas seks itu sendiri yang bimbang ia menjejaskan rezeki mereka.

Dianggarkan 60 pelacur mengadakan tunjuk perasaan menentang undang-undang itu di luar bangunan parlimen Perancis di sini dengan mengusung sepanduk antaranya ‘Jangan bebaskan saya, biar saya urus diri sendiri’.

Kumpulan anggota kesatuan sekerja pelacuran tempatan mendakwa, undang-undang itu akan memberi kesan besar kepada pendapatan pekerja seks profesional yang diperkirakan berjumlah 30,000 sehingga 40,000 orang.

Sebaliknya, kumpulan penyokong undang-undang yang menghukum pelanggan pelacur, menilai undang-undang itu sebagai langkah yang membantu memerangi hamba seks hasil jaringan penyeludupan manusia antarabangsa.

Undang-undang itu juga dinilai akan mempermudahkan pelacur dari luar negeri untuk mendapat izin tinggal sementara di Perancis jika mereka kemudan sepakat mencari pekerjaan lain di luar daripada bidang pelacuran.

Melalui undang-undang ini, Perancis mengikuti jejak Sweden. Negara rantau Skandinavia itu merupakan yang pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap pelanggan dan bukan menghukum pelacur sebagai mangsa seks.

Pihak polis Sweden mendakwa, susulan pelaksanaan undang-undang itu menyaksikan jumlah pelacur di kawasan seks di ibu kota Stockholm menurun drastik apabila ramai wanita tersebut mulai ‘taubat’ balik ke pangkal jalan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PelacurPerancisseks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd