• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Harap Ekspedisi Kutub Utara Jadi Inspirasi Anak Muda’

oleh AK-47
23/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kejayaan tiga penjelajah negara Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) menakluki Kutub Utara diharap menjadi insprasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar impian dalam meneroka dunia.

Ketua penjelajah, Muhamad Muqharabin Moktharrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin berkata, ekspedisi tersebut bukan mahu mencipta rekod baharu tetapi ingin mengajak lebih ramai rakyat negara ini terutamanya anak muda untuk menyertai sukan ekstrem.

“Kami bukan berhasrat mencipta rekod, tetapi kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada yang lain supaya tidak takut menceburi bidang sukan ekstrem.

“Rekod adalah perkara kedua kerana biarpun ekspedisi ini pernah dilakukan oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, namun setiap orang bakal berdepan dengan cabaran berbeza di Kutub Utara,” katanya ketika ditemui Mynewshub di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebaik tiba dari Norway kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Tambahnya, pelbagai halangan yang ditempuh termasuk ancaman beruang kutub, rekahan air dan bongkah ais besar namun ia tidak memutuskan semangat mereka demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Setiap hari kami harus berjalan sekurang-kurangnya lapan hingga ke sembilan jam untuk percepatkan perjalanan yang kebiasaannya hanya memerlukan enam jam sahaja.

“Biarpun agak sukar namun kami sememangnya tidak mahu menyerah kalah, malah perlu menggalas amahan yang diberikan sebelum berjuang habis-habisan demi mengharumkan nama negara,” katanya.

Misi yang disertai Qobin bersama dua ikon sukan lasak negara, Mohd. Irwan Yusoff Abdullah dan Shahrom Abdullah mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal tiba ke titik 90 darjah Kutub Utara pada pukul 5.06 petang waktu tempatan (11.06 malam waktu Malaysia) Khamis lalu.

Mengikut perancangan, Ek­s­pedisi KE7B Kutub Utara 2017 itu melibatkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji (sledge) sejauh 111 kilometer (km) yang memakan masa 11 hari, bermula dari Stesen Barneo ke titik 90 darjah Kutub Utara.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berjaya menamatkan misi dalam tempoh tujuh hari, iaitu empat hari lebih awal dari jadual yang dirancang.

Sementara itu, Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata, pihaknya dalam perancangan bagi melaksanakan satu lagi misi ekspedisi besar negara iaitu untuk menakluk ‘grand slam’ hujung tahun ini.

“Terdapat beberapa perancangan yang sedang kita teliti. Sekiranya keadaan kewangan mengizinkan dan mendapat tajaan tambahan, kita merancang sebelum hujung ini kita akan cuba laksanakan satu lagi ekspedisi seperti yang dicadangkan saudara Qobin”, katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akmar Hisham MokhlesKE7BKutub Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MTPNK Siasat Dakwaan Mangsa Tercicir Bantuan RKB

Next Post

Tiada Pelajar Terlibat Kongsi Gelap Di Terengganu

Related Posts

Medan Magnetik Kutub Utara Dikesan Semakin Beralih

09/02/2019
0

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan magnetik kutub utara bumi semakin menunjukkan peralihan...

Maznan Mat Isa: Menakluk Kutub Utara

08/04/2018
0

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang masih ingat mengenai kejayaan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Malaysia (ETBKUM) yang menjadikan...

Next Post

Tiada Pelajar Terlibat Kongsi Gelap Di Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd