• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Sekutu Jho Low Bagi Mudahkan Deposit Ke Akaun Najib

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengurus perhubungan AmBank, Krystle Yap Wy Sze memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau beberapa kali diarahkan untuk bertemu dengan sekutu Jho Low, atau Low Taek Jho, iaitu Kee Kok Thiam untuk memudahkan deposit wang tunai ke pelbagai akaun milik Najib Razak pada 2014 dan 2015.

Bagaimanapun, Yap, 34, berkata beliau tidak tahu cara yang digunakan Kee untuk memudahkan deposit itu.

“Saya hanya mengikut arahan (Joanna) Yu untuk mempercepatkan urusan Kee dengan bank itu. Saya hanya mengaturkan seorang kakitangan cawangan untuk melayan beliau dengan segera. Senang cakap, pada asasnya saya hanya mengaturkan untuk beliau ‘memotong barisan’,” kata saksi ke-2 pembelaan semasa pemeriksaan utama oleh peguam Najib, Farhan Read.

Yap turut mengesahkan beliau bersama-sama 2 lagi pengurus perhubungan Ambank yang lebih kanan iaitu Yu dan Daniel Lee mengendali akaun 694, 880, 906 dan 898 milik Najib serta akaun SRC International Sdn. Bhd.

Akaun 906 dan 898 membentuk inti pati penting dalam 7 pertuduhan yang dihadapi Najib iaitu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.

Yap juga memberitahu mahkamah seorang pegawai dari jabatan pematuhan bank itu meminta salinan “surat hadiah” yang diterima oleh Yu berhubung beberapa deposit asing yang dibuat ke akaun Najib.

Farhan kemudian merujuk saksi itu kepada beberapa dokumen dan Yap berkata ia adalah surat yang diberikan Yu kepadanya untuk disimpan pada 2015.

“Saya difahamkan semua ini adalah dokumen sokongan bagi kiriman wang masuk ke akaun Najib dari 2011 hingga 2014,” katanya.

Surat sokongan itu adalah bagi kiriman wang masuk ke akaun-akaun 694, 906, 898 dan 880 dari 2011 hingga 2014.

Farhan: Dalam pengetahuan awak, adakah mana-mana dana yang masuk ini ditandakan sebagai transaksi yang mencurigakan?

Yap: Tidak kerana ia diiringi dokumen sokongan.

Sebelum prosiding hari ini berakhir, seorang lagi peguam Najib iaitu Harvinderjit Singh memaklumkan mahkamah bahawa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia, Mohd Irwan Siregar Abdullah, akan memberi keterangan sebagai saksi ke-3 pembelaan esok.

Najib membela diri terhadap 7 pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta, yang terdiri daripada 3 pertuduhan pecah amanah jenayah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

Tags: AMBANKJho LowNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Coronavirus: Jangan Pembelian Panik Topeng Mulut, Hidung

Next Post

Jumlah Korban Coronavirus Meningkat Kepada 490 Orang

Related Posts

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

Next Post

Jumlah Korban Coronavirus Meningkat Kepada 490 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd