Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Nasib Zuraida Diketahui Selepas...

KUALA LUMPUR - Nasib Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dalam parti hanya akan...

Skandal Banglo LGE: Alumni...

PUTRAJAYA - Wakil persatuan alumni Pimpinan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) membuat laporan terhadap...

Tentera, Masyarakat Perlu Jalin...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluddin mengingatkan anggota tentera...

23 Termasuk Pengamal Media...

TOKYO - Laluan pendakian berliku selain perlu mendaki secara berterusan selama 12 jam...

Jumlah Mangsa Banjir Di Melaka Menurun Petang Ini

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 775 orang daripada 169 keluarga setakat 5 petang ini, berbanding 987 mangsa melibatkan 274 keluarga pada tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang di daerah Alor Gajah, ditutup pada 4.10 petang, manakala tujuh lagi pusat berkenaan masih beroperasi.

Beliau berkata mangsa banjir di Alor Gajah mencatat jumlah paling tinggi seramai 645 penduduk daripada 284 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam; 155 mangsa di SK Lesung Batu; dan 102 mangsa termasuk 94 daripadanya pelajar Sekolah Tahfiz Panchor di Balai Raya Kampung Panchor.

“Tiga pusat pemindahan lain di Alor Gajah, turut menempatkan 75 mangsa di Balai Raya Kampung Beringin, 28 mangsa di bangunan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal dan seorang mangsa di Balai Raya Kampung Gadek.

“Bagi daerah Melaka Tengah, jumlah mangsa masih kekal 130 penduduk yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanah Merah, Krubong,” kata Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan, di sini hari ini.


Beliau berkata kejadian banjir di kawasan berkenaan dipercayai berpunca akibat hujan lebat berterusan dari 1.30 pagi hingga 5.30 pagi semalam.

Menurut beliau, cuaca di seluruh negeri dilaporkan baik setakat ini. – BERNAMA

Kategori