Jumlah Keahlian Baru Pemuda UMNO Melonjak

KUALA LUMPUR – Jumlah keahlian baru Pemuda UMNO meningkat mendadak dalam tempoh sebulan dengan pertambahan sebanyak 1,704 orang ahli.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga ke hari ini berjumlah 476,962 orang, kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki.

“InsyaAllah, dalam mesyuarat Exco kelmarin, kami sepakat untuk menggiatkan lagi kempen dari semasa ke semasa dalam usaha menambah lagi keahlian Pemuda UMNO dan yang juga penting pendaftaran sebagai pengundi baharu,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO menambah sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 13 September ini, kaunter-kaunter pendaftaran ahli dan daftar pemilih sebagai pengundi juga akan dibuka. – UMNO Online